Peserta Misi Kemanusiaan Demit OBJEKTIF
- Membantu meringankan beban mangsa banjir.
- Menyalurkan sumbangan & bantuan rakyat negeri Kelantan.
- Mewujudkan hubungan yang lebih erat antara rakyat Kelantan dengan rakyat Johor.
- Program group-binding dikalangan belia DUN Demit, bagi memantapkan ukhwah & semangat kerja berpasukan.
TARIKH
1, 2, 3 dan 4 Mac 2007
TEMPAT PROGRAM
Kawasan bencana banjir di Johor
(Parit Jambi, Parit Andin & Parit Khalid di Daerah Ayer Hitam, Johor)
PERJALANAN PROGRAM
Khamis, 1 Mac 2007. Perlancaran Misi Kemanusiaan Bencana Banjir Johor Pemuda Demit 2007 telah dilancarkan oleh Dato Hj Ustaz Muhamed Daud, ADUN Demit di SMUA Ar-Rahmah Kenali.
Misi kali ini adalah Anjuran Unit Amal Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit AMAL Dun Demit yang bertemakan "Kelantan Sayang Johor" adalah misi terakhir rombongan Unit Amal Kelantan ke Johor bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir disana.
Kesemua peserta yang seramai 60 orang semuanya bersemangat untuk sama-sama membantu saudara seagama yang mengalami musibah di Johor.
Selepas selesai sahaja majlis perasmian, kami bertolak dari SMUA Ar-Rahmah Kenali pada jam 6.45 petang dengan menaiki sebuah bas dan 2 biji 4WD bertolak ke Johor.
Tiba di Masjid Yongpeng pada jam 8 pagi dan disambut oleh AJK Unit Amal Ayer Hitam. Kemudian kami semua terus bertolak ke destinasi yang majoritinya kaum Melayu iaitu di Kg Parit Yaani, Daerah Ayer Hitam.
Selepas sahaja sarapan pagi, mendengar taklimat dari Sdr Mohd Jahid, Timbalan Pengarah 1 Unit Amal Johor dan mendengar ucapan aluan dari Cikgu Mohd Nuri, Ketua Rombongan , kami terus melakukan aktiviti Khidmat Masyarakat. Tugas kami yang pertama iaitu mengecat Masjid Parit Yaani, membersihkan dan mengecat kubur disekitar masjid.
Unit Amal Demit mengecat surat Kg Parit Andin
Pada sebelah petangnya kami ke Kg Parit Andin, dimana kami ditugaskan untuk membersihkan dan mengecat Surat Kg Parit Andin. Kesungguhan dan semangat yang ditunjukan oleh semua peserta menyebabkan semua kerja berjalan dengan lancar dan baik. Alhamdulillah semua kerja dapat diselesaikan dalam masa yang cukup singkat.
Manakala pada sebelah malamnya pula, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan penduduk kampung dan mengadakan Kuliah Maghrib bersama masyarakat setempat. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Mad Saud, yang dijemput khas dari Kelantan untuk menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Peranan Pemuda Dalam Gerakan Islam ternyata memberikan kesan yang mendalam kepada semua peserta dan penduduk setempat.
Setelah tamatnya kuliah Maghrib dan makan malam, jawatankuasa pengajur mengambil satu slot Ta'aruf bagi memperkenalkan diri semua peserta yang hadir dan menerangkan matlamat misi ini ke Johor dengan lebih jelas.
Dalam keadaan kepenatan selepas seharian bertugas, kami didatangi oleh penduduk kampung menjemput kami BBQ bersama-sama dengan mereka. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh AJK Unit Amal Ayer Hitam dan penduduk setempat menyebabkan hilang semua penat kami seharian disana dan rasanya tidak sabar menanti keesokan harinya bagi menunaikan tangunjawab seterusnya.
Pagi 3 Mac 2007, semua peserta dikejutkan dalam jam 4.30pagi bagi bersama-sama berqiamulail bersama-sama penduduk setempat. Walaupun semua kepenatan, semua peserta tetap bangun tidak lupa untuk menunaikan tangunjawab mereka sebagai hamba & mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tugas kami bukan berhenti setakat itu sahaja, setelah selesai sahaja solat Subuh berjemaah, ada slot Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Hussain, Ketua J/w Urusan Pemuda PAS Dun Demit.
Hari terakhir kami ke Johor, kami bertolak ke destinasi seterusnya dengan menaiki bas dan 2 buah 4WD ke Masjid Parit Khalid. Tibanya kami disini, kami mengadakan perbarisan dan mendengar taklimat dari Sdr Faizul, Setiausaha Pemuda PAS Johor.
Membersihkan kubur Kg Parit Khalid
Selepas selesai mendengar taklimat dan perbarisan kami semua terus menunaikan tangunjawab kami untuk membersihkan dan mengecat Masjid Parit Khalid dan membersihkan kawasan kubur yang terus dilanda banjir. Kesannya masih lagi ketara dan dapat dilihat dengan jelas mengunakan mata kasar.
Akhirnya setelas selesai semuanya, selepas menunaikan Solat Zohor dan Asar berjemaah kami terus bertolak pulang ke Kubang Kerian. Kepenatan dapat dilihat diwajah-wajah peserta program... tetapi nyata ia tidak menghalang kami untuk terus pergi kesana lagi jika berpeluang.
Alhamdulillah, semua program yang dirancangkan berjaya dengan baik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Amal Negeri Johor yang banyak membantu dalam menjayakan misi ini, Unit Amal Negeri Kelantan yang turut memberikan sokongan dan pelbagai bentuk bantuan dan tidak lupa juga kepada semua peserta dan individu yang menjayakan misi ini.
No comments:
Post a Comment