Kelihatan beberapa buah kenderaan ajk pemuda Dun Demit yang turut hadir bersama petang semalam.
Semalam beberapa AJK Pemuda DUN Demit pergi melihat dan meninjau markaz baru kami di Kg Chepa. Dengan keluasan 60" x 40", ruang tamu yang luas, 3 bilik untuk dijadikan pejabat, 2 bilik air dan dapur yang cukup selesa, ia amat memandai cukup sesuai untuk dijadikan markaz kami.
Rumah ini asalnya adalah rumah persendirian yang kemudiaannya diifaqkan kepada Pemuda DUN Demit oleh salah seorang ajk pemuda DUN.
Dengan adanya Markaz Pemuda Demit, ia lebih memudahkan lagi gerak kerja kami selepas ini terutamanya dalam tempaoh PRU 12 yang bakal tiba. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan untuk diadakan bagi menghidupkan Markaz Pemuda Demit dan meningkatkan semangat perjuangan dikalangan pemuda DUN Demit.
Sama-sama tingkatkan usaha bagi menjana kemenangan DUN Demit, Kubang Kerian, Kelantan dan Malaysia.
Menang diKelantan dan Menakluk Malaysia Menjadi Agenda Pemuda PAS DUN Demit
Demit POWER!!
Sham Ghaz
Setiausaha J/w Urusan Pemuda DUN Demit
MAKLUMAN
Gotong royong membersih, dan membaiki Markaz Pemuda Demit akan diadakan pada hari:
> Selasa
> 7/8/07
> 8.30pm (Solat Isya berjemaah disana)
> Semua 32 orang AJK Pemuda DUN Demit diwajibkan hadir
rumah yang akan menjadi Nadi kepada kemenangan Islam di DUN Demit... Takbir!!
No comments:
Post a Comment