Wednesday, September 5, 2007

BN Kelantan Dalam GERHANA!!

Calon BN Kelantan 70% Muka Baru... Tandanya BN Kelantan Dalam Gerhana!

Tertarik dengan petikan akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian pada hari ini. Terutama sekali jika dilihat kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Paduka Anuar Musa (Kes PPRT tak selesai lagi).

" Lebih 70 peratus bakal calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada PRU 12 terdiri dari muka2 bar yang mempunyai ciri2 dinamik untuk mengerakkan Koridor Pantai Timur" - Anuar Musa

Sudah terang lagi bersuluh, amat nyata dan jelas sekali ADUN BN Kelantan yang seramai 22 orang dari 45 DUN di Kelantan adalah tidak mempunyai ciri2 dinamik dan tidak layak untuk menjadi ADUN. Sudah terbukti mereka sememangnya ADUN BN lemah, tidak menjalankan kerja dan amanah rakyat... dan ini dibuktikan sendiri oleh BOS mereka.

Jika 70 peratus ADUN BN akan digugurkan bermakna, 15 ADUN BN atau lebih akan digugurkan dari jawatan ADUN sekarang. Dan sudah pastinya yang tinggal hanya 7 kerusi DUN iaitu sudah pastinya ialah Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mamat dan 3 lagi tu kita pandai2 tekalah...

Kesimpulannya: jentera BN dan wakil rakyat BN adalah lumpuh sepenuhnya (kelemahan lebih 50% wakil rakyat tidak berfungsi dengan baik) dan peluang PAS untuk merampas balik semua kerusi atau paling sedikit 2/3 kerusi DUN dan 40 kerusi parlimen di Malaysia (Di Kelantan ada: 14 kerusi Parliemen) di Kelantan pada PRU 12 akan datang adalah cerah dan sudah terdapat tanda2 awal BA akan memerintah beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia dalam PRU 12 akan datang.

Hanya pandangan ringkas selepas sekali baca.

Wassalam

Sham Ghaz

No comments: