Sunday, September 9, 2007

Polis mengunakan tembakan bagi menyuraikan ceramah BERSIH

Kehadiran rombongan pemimpin PAS Pusat tiba di HUSM bagi melawat mangsa tembakan.

Kota Bharu - 9 September 2007. Tepat jam 9.00 malam, rombongan dari YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Daro Hj Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Dato Hj Husam Musa dan berberapa lagi pemimpin tertinggi PAS Pusat, ajk Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, ajk Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian dan ajk pemuda PAS DUN Demit turut serta dalam menziarah mangsa tembakan liar pihak polis dalam menleraikan ceramah umum yang dianjurkan oleh BERSIH di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada malam Sabtu lepas.

Kes ini merupakan berberapa siri keganasan polis di Malaysia dalam berhadapan dengan siri-siri program yang dianjurkan oleh BERSIH, Barisan Alternatif dan NGO's.

Mangsa yang masing-masing berumur 21 dan 38 tahun tercedera di bahagian bahu (menembusi peparu) dan leher akibat tembakan yang dilepaskan itu dan dirawat di HSNZ. Dan kini salah seorang mangsa yang dikatakan dalam keadaan serius terpaksa dipindakan ke HUSM petang semalam disebabkan HSNZ tidak mempunyai pakar dan perlatan lengkap untuk melakukan pembedahan.

Tok Guru & beberapa pemimpin PAS yang lain mendengar taklimat khas dari abg mangsa mengenai kronologi kejadian tersebut dan keadaan mangsa sekarang.


Semua pemimpin PAS dan NGO's yang hadir mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mangsa. Kenyataan akhbar dijangka akan dikeluarkan oleh pemimpin PAS Pusat pada hari ini.

Dikesempatan itu juga, pemuda DUN Demit memainkan peranan sebagai tuan rumah dengan mencari dan menyediakan tempat tinggal, menguruskan makan minum bagi keluarga mangsa yang terbabit dan mengaturkan jadual bertugas bagi menjaga kebajikan keluarga mangsa yang terbabit.

Setiausaha pemuda DUN dan merupakan salah seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian semalam melaporkan mangsa dalam keadaan stabil selepas kelaur dari bilik pembedahan semalam.

Alhamdulillah kami panjatkan kepada Allah SWT & sama2 kita semua doakan semoga semua mangsa berada dalam keadaan selamat.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.harakahdaily.net, www.tranungkite.net, www.malaysiakini.com dsbnya.

Dato Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS Pusat bersalam dengan keluarga mangsa dan para tetamu yang hadir sementara menunggu mangsa keluar dari bilik pembedahan.

Sebahagian pemuda PAS DUN Demit yang hadir sebagai tanda memberikan sokongan, sementara yang lain berada bersama-sama keluarga mangsa, mencari kediaman rehat dan menguruskan kebajikan mangsa dan keluarga mangsa.

Maklumat lanjut tentang keadaan mangsa akan dimasukan dari masa ke semasa dalam blog ini.

No comments: