Monday, February 18, 2008

EDISI PRU 12




2 comments:

Anonymous said...

SETELAH membuat kajian dan pemerhatian yang lama, kita mendapati Pas memang sebuah parti yang perlu ditolak oleh orang Islam di Malaysia dan dunia. Berikut di senaraikan sebab-sebab mengapa Pas perlu ditolak.



Pertama, Pas pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca Pas mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung. Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

Kedua, Pas menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran.
Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.

Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.

Ketiga, Pas hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan Pas bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang saya ketahui mereka yang menyertai Pas ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata.

Jika kita lihat kepada pemimpin Pas dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut Pas, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.

Keempat, Pas telah mengehakmilikkan Islam untuk partinya iaitu telah menyamakan Islam dengan partinya. Ini bukan rekaan. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah Pas dan mendengar sendiri ucapan penceramahnya menyamakan Pas itu dengan Islam. Beliau telah membuat perumpamaan bahawa Islam dengan Pas ibarat kain dengan benang. Tanpa benang (Islam), maka kain (Pas) tidak akan ada dan sebaliknya.

Jadi tidak hairanlah jika pengikutnya begitu taasub, taat dan takut dengan larangan atau ucapan pemimpinnya menganggap jika menentang Pas ibarat menentang Islam dan jika keluar daripada Pas, takut menjadi kafir seperti orang UMNO. Satu soalan yang tidak pernah dijawab oleh pemimpin Pas, adakah orang Islam lain di negara lain juga tidak Islam kerana tidak pernah kenal dan menyertai Pas?

Kelima, Pas tidak pernah membuat kenyataan mengutuk atau menolak golongan seperti Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan KMM. Ini membuktikan bahawa Pas menyokong sifat ekstrem, militan dan ganas.

Sebaliknya Pas menuduh kerajaan menentang golongan yang cuba memperjuangkan Islam dan tidak ingin Islam berkembang. Paling sedih sekali, tuduhan kerajaan ingin menghapuskan terus agama Islam di Malaysia ini.

Keenam, Pas mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka terutama kepada golongan pengikut yang taasub dan kurang pengetahuan agamanya. Pas mengatakan bahawa Islam. Semua orang Islam menyokong perjuangan Islam tetapi tidak menyokong cara perjuangan Pas yang ekstrem, riak, bangga diri, mengaku lebih bijak dan pelbagai lagi sikap buruk yang menunjukkan cara perjuangan Pas yang tidak berhemah dan berhikmah.

Pemimpin Pas tidak menjelaskan bahawa banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang muslim untuk melayakkan diri masuk syurga. Tidak cukup hanya pangkah dan sokong Pas sahaja dapat masuk syurga, tetapi amalan lain seperti sembahyang, puasa, zakat, beramal jariah dan berakhlak baik termasuk tidak buruk sangka, tidak mengata orang, tidak memfitnah, tidak takbur, riak dan angkuh.

Jika ditanya kepada Hadi dan Nik Aziz, mereka sendiri pun tidak tahu sama ada dapat masuk syurga kerana mereka juga melakukan banyak dosa mulut yang boleh menyebabkan kebinasaan besar. Jangan ingat hanya tangan yang boleh melakukan kebinasaan, bahana mulut adalah lebih teruk lagi.

Ketujuh, Pas cuma bersandiwara dan tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan hukum hudud di Terengganu. Pas cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak pernah melaksanakannya.

Jika Pas melaksanakan hukum tersebut sudah tentu ada kes hudud dan qisas telah dilaksanakan sejak ia diwartakan pada bulan Ramadan 1424H. Kita harus faham makna warta dan laksana. Mewarta tidak bermaksud melaksana. Jadi Pas hanya mewartakan sahaja hukum tersebut bagi menunaikan janjinya sahaja dan untuk modal bagi menghadapi pilihan raya 2004.Pas tidak bertanggungjawab kerana cuba melaksanakan hukum hudud bukan kerana Allah tetapi kerana tujuan politik.

Ini kerana pemimpin dan pengikutnya mengatakan mereka sudah lepas daripada tanggungjawab apabila mewartakan hukum hudud dan qisas dan masalah untuk melaksanakan tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mereka seolah-olah takut kepada Abdullah Badawi daripada Allah kerana memberi alasan kerajaan cuba menghalang pelaksanaannya.

Kelapan, Pas menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam menuntut ilmu. Ramai kanak-kanak tadika PASTI telah diasuh dengan sikap dan sifat yang tidak elok. Mereka menipu kanak-kanak dengan mengatakan ilmu agama lebih penting daripada ilmu-ilmu dunia yang lain. Pas juga menuduh kerajaan mengajar ilmu sekular. Pas sedar bahawa kerana tanpa ilmu dunialah umat Islam ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir.

Allah mengajar kita supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka tidak faham bahawa ilmu sains, teknologi dan ekonomi juga adalah ilmu kurniaan Allah. Mana bisa manusia boleh pandai sendirian tanpa kurniaan Allah.

Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar kita supaya berdoa tanpa berusaha. Jika mahu berusaha dengan baik, tentulah kita memerlukan ilmu dan kemahiran yang relevan.

Kesembilan, Pas menanam sikap kepada pengikutnya supaya tidak perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka. Pas memberikan fahaman bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan dan mana-mana kerajaan pun termasuk kerajaan kafir akan membantu rakyatnya kerana sudah menjadi tanggungjawab.

Tetapi Islam mengajar dan menggalakkan umatnya bersyukur dengan nikmat yang diterima sama ada daripada kerajaan ataupun pihak lain kerana segala nikmat itu datang daripada Allah.

Apakah para pemimpin Pas dan para pengikutnya tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Allah mengurniakan rahmat melalui makhluk-Nya termasuk manusia, hujan, bumi, air dan segalanya. Maha Suci Allah!Nabi Muhammad S.A.W mengajar umatnya bahawa bermulanya agama dengan mengenali Allah, tetapi para pemimpin Pas seolah-olah tidak kenal Allah.

Kesepuluh, Pas sebenarnya telah meletakkan kesucian Islam di tempat yang hina dan rendah pada pandangan orang kafir kerana menggunakan perkataan Islam pada nama partinya. Ini memberi fahaman yang salah kepada orang kafir kerana setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh pengikut Pas akan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

Perbuatan mencaci, memaki hamun, memberi gelaran buruk, memfitnah, berbohong dan sebagainya akan dianggap sebagai tidak menyalahi dan menjadi satu amalan yang biasa oleh orang Islam. Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya begitu.

Pada zaman Rasulullah, dakwah Islam tidak semestinya melalui percakapan tetapi perbuatan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh umat Islam pada waktu itu dapat menarik lebih ramai orang kafir memeluk Islam berbanding dakwah secara lisan.

Tetapi ini tidak berlaku disebabkan pemimpin dan pengikut Pas yang mengaku Islam tetapi sikap dan akhlak mereka lebih teruk daripada orang kafir sendiri. Ini menyebabkan orang kafir memandangkan rendah kepada ajaran Islam dan seterusnya gagal menarik mereka memeluk Islam.
-Dipetik daripada MALAYSIA HARI INI-

Anonymous said...

hehee... apa yang mung dukmerapu tu?

biar betul dan berfakta gak sikit mung kecek tu. buat malu ko umno jaha ado ahli supo mung.

1. kafir? sebab umno letak dasar dia KEBANGSAAN. rujuk perlembagaan UMNO dulu sblm nak kecek!

2. dalam hadis dan Al-Quran ada dinyatakan dengan jelas kita boleh menyebut ttg keburukan org, terutama dalam konteks kita nak memilih pemimpin yang BERSIH. eg: takkan paklah peluk artis rakyat tokleh tahu?

3. UMNO atau PAS yang memperalatkan ISLAM?? UMNO duk perkenalkan ISLAM HADHARI tu gapo namo rimau heh?

4. mesti silap dgr ni, gini hok ambo tahu. PAS menganggap sertai politik itu satu WASILAH/jalan untuk menegakan ISLAM, dan bukannya memperalatkan Islam. Dalam Islam ada SEMUA, termasuklah politik.

5. Betul ko kenyataan mung tu? tolong bagi fakta sikit. nak plawok biar kena tempat weh. Yg Pok Lah duk wat kerjasama dengan YAHUDI t gapo nama rimau heh?

6. Betul lah PAS kerana ajar ahlinya TAKUT pada Allah dan PERCAYA kepada SYURGA & NERAKA.

7 . ada lagi ko benda hok nak bahas?

kito ni sesama Islam weh, kecek tu biar betul2. jg duk fitnah tak tentu kalu.

hok betul tu ambo sokong, hok salah kena tegur dan baiki. dok gitu oghe kito?

ISE

6