Sunday, March 16, 2008

Demonstrasi jalanan, hanya salah jika dianjurkan pembangkang.

"Demontrasi Bukan Budaya Kita"... tapi inilah realiti yang berlaku di Pulau Pinang (negeri Pak Lah), 1000 orang UMNO berhimpun secara haram dan berdemontrasi di depan Bangunan Komtar"

Inilah budaya sebenar UMNO/BN.... akhirnya terbukti,
MEREKA(UMNO/BN)
menjilat ludah mereka sendiri!

Memang benar di Malaysia ini, demonstrasi jalanan hanyalah salah jika ianya dianjurkan oleh pihak pembangkang. Tetapi jika kita lihat semenjak PRU ke12 ini, hanya pihak yang menyokong Barisan Nasional sahaja yang berhimpun menyatakan perasaan mereka tau dengan kata mudahnya menunjuk perasaan.

Bermula di Perlis sebelum penamaan calon lagi apabila para penyokong Shahidan Kassim yang berhimpun menyatakan sokongan kepada beliau sekaligus menyatakan bantahan kepada mana-mana pihak yang cuba mengugurkan Shahidan Kassim dari senarai calon.

Sekarang ini pula selepas pilihanraya selesai, para penyokong BN di beberapa buah negeri yang jatuh ke tangan Barisan Rakyat seolah-olah tidak menghiraukan segala kata-kata pemimpin mereka yang menyifatkan rakyat yang terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah tidak bertamadun dan jakun.


Mereka berhimpun menyatakan bantahan terhadap BR di mana-mana sahaja, sehinggakan negeri yang masih dikuasai mereka turut berdemo untuk menyatakan sokongan kepada kawan mereka yang rebah di beberapa buah negeri.

Baru berapa hari Kerajaan Rakyat ini berfungsi sudah terdapat hasutan kepada rakyat jelata untuk menunjuk perasaan seolah-olah Kerajaan Rakyat ini sudah menindas kaum-kaum tertentu di negeri yang di kuasai mereka.

Hanya berdasarkan fakta yang dibelit oleh media arus perdana mereka ini sudah hilang pedoman untuk berfikir sejenak atau memberi peluang kepada kerajaan baru ini membuktikan keupayaan mereka.

Jika dalam masa beberapa tahun akan datang ini sudah terbukti yang Kerajaan Rakyat ini memang benar tidak berupaya untuk mentadbir dan meminggirkan mana-mana kaum maka pada masa itu bolehlah kita berdemonstrasi untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kita dan pada PRU ke 13 ini kita tumbangkan pula kerajaan ini.

Tetapi seperti yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin BN demonstrasi jalanan ini adalah bukan budaya kita maka masih mahukah lagi penyokong BN untuk memilih jalan ini.

Ataupun memang terbukti jika jalan itu adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat pemimpin BN sendiri akan turun mengetuai demonstrasi jalanan ini di negeri-negeri BR seperti yang berlaku di Malaysia selepas PRU ke 12 ini.

Webmaster

Sekadar beberapa petikan akhbar untuk peringatan penyokong BN sahaja

Inilah Budaya UMNO/BN.... berdemontrasi secara HARAM di Perak!

Demo Pemuda Umno berbeza dengan Hindraf
2007-12-11
//mstaronline.com.my

KUALA LUMPUR: Demonstrasi yang pernah dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice berbeza daripada demonstrasi jalanan yang dijalankan beberapa pihak kebelakangan ini kerana ia tidak menyentuh keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstasi yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu juga telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan bukannya perhimpunan haram.

Demonstrasi jalanan ranapkan negara
//utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut beliau, budaya itu yang kini mahu dipopularkan Pas juga bertentangan dengan masyarakat negara ini yang mematuhi undang-undang.

Rakyat Sabah Tolak Budaya Demonstrasi Jalanan
Posted on Monday, December 17 @ 20:13:46 MYT
//pemudaumno.org.my

Kota Kinabalu –- Pemuda UMNO negeri ini cukup yakin budaya demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh parti pembangkang ke negeri itu tidak akan diterima penduduk setempat kerana ianya tidak membawa apa-apa faedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Salleh Kalbi berkata budaya tersebut hanyalah alat yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka semata-mata.

Demonstrasi jalanan gimik pilihan raya pembangkang
//almuniumno.org.my
Sunday, 02 December 2007

KUALA LUMPUR: Tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) membuat demonstrasi jalanan merupakan gimik pilihan raya pihak pembangkang bagi mengikis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan saluran media massa.

Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata, parti pembangkang terpaksa bertindak demikian kerana mereka kini ketiadaan isu dan demonstrasi itu memberi ruang kepada mereka untuk merancakkan siri ceramah mereka bagi meracunkan fikiran masyarakat.

Demonstrasi jalanan akan hancurkan negara
//mc.org.my

APAKAH tekad Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan demonstrasi jalanan di Malaysia sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-12, satu janji yang realistik?

Ataupun ia hanya merupakan satu gimik politik pucuk kepemimpinan parti itu untuk memenangi hati para pengundi? Mengapakah seorang pemimpin terkemuka seperti Presiden Pas boleh mengeluarkan idea sedemikian? Inikah perjuangan sebenar yang dituntut Pas sehingga mereka sanggup menyokong demonstrasi jalanan?

MBP kumpul 5,000 tanda tangan bantah demonstrasi jalanan
//belia.org.my


IPOH 16 Dis. – Majlis Belia Perak (MBP) berjaya mengumpul 5,000 tandatangan daripada golongan belia pelbagai kaum di negeri ini sebagai tanda protes mereka terhadap pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan secara haram.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, tandatangan berkenaan akan dihantar kepada Pemuda UMNO yang telah melancarkan Gerakan Bersatu Malaysia pada Selasa lepas.


salinanan daripada laman web: www.husammusa.com

No comments: