Tuesday, April 24, 2007

AWAS KEPADA BLOGGER'S

06 April, 2007 18:55 PM

Blog Bersifat Politik Mesti Dipantau dan Didaftarkan

Oleh Jackson Sawatan

SINGAPURA, 6 April (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyuarakan sokongan terhadap cadangan untuk mendaftarkan laman blog, terutamanya yang bersifat politik. Beliau berkata jika media arus perdana tertakluk kepada pendaftaran, pemantauan dan undang-undang tertentu, tidak ada sebab kenapa pengendali blog boleh dikecualikan.

"Kita mesti tahu siapa mereka, jadi mesti ada undang-undang yang akan menyebabkan mereka kita kenali," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau bagaimanapun berkata keperluan untuk mendaftarkan blog yang memuatkan hiburan atau komentar sosial mungkin tidaklah sebegitu besar sebagaimana blog yang didorong oleh politik.

(hmm..apa kejadah ni??? blog hiburan x per pulak...)

sila lihat salinan asal : bernama.com
posted by...wan

1 comment:

Anonymous said...

ecdl bolivia commonwealth hughitt portrait amruth fileselutex hopkins humanities hkstus artwork
lolikneri havaqatsu