Annual Bakri Haron Thu | Apr 19, 07 | 03:39:31 PM | |
Terkini, kita mula tertanya-tanya motif dan kejujuran sebenar di sebalik berita-berita yang dipaparkan oleh Berita Harian khususnya dan Utusan Malaysia pada umumnya mengenai Lojing. Kita cukup tidak faham kenapa surat peringatan umum mengenai maklumat pembalakan negeri kepada Jabatan Perhutanan Negeri boleh dengan mudah; atau lebih tepat lagi “tergamak” diputarbelitkan. Jika sesiapa jua menelitinya dengan objektif dan dengan penuh hati nurani, jelas bahawa ia tidak menyentuh sedikitpun soal arahan “tutup mulut’ isu Lojing(Utusan Malaysia 18 April 2007) atau membawa konotasi arahan dalam apa jua tafsiran yang “ isu Lojing itu (diarah agar) dirahsiakan”( Berita Harian, 18 April 2007). Jika ia adalah arahan yang benar, maka bagaimana pula boleh kita terjemahkan sikap “bersahabat” Kerajaan Negeri yang pernah seawalnya mengemukakan laporan penuh isu ini sejak 26 Mac 2007 lagi yakni dua hari sahaja selepas Setiausaha Parlimen menaiki helikopter dan melakukan “kick off”?Tidakkah ini cukup responsif ? Ia telah dimajukan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tanpa dihalang sedikitpun oleh Kerajaan Negeri. Lojiknya disini, apa lagi yang perlu dirahsiakan jika ia sudah tidak dirahsiakan. Surat yang mengarah Jabatan Perhutanan Negeri tidak mengeluar sebarang maklumat mengenai kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Tanah Tinggi Lojing (per se) memang tidak ada. Jadi, tidak timbul soal berbohong kerana ia tidak ada. Tidakkah menafikan apa yang tiada adalah kerja sia-sia . Apa yang saya perhatikan, ada unsur “mala fide”. Banyak pihak berniat jahat dalam memainkan isu ini. Berbalik kepada soal surat, surat yang mungkin dirujuk oleh Datuk Seri Azmi Khalid itu cuma surat arahan yang berhasratkan kawalan dilakukan keatas apa juga maklumat perhutanan Negeri dari dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Negeri secara “indiscriminately”. Jika inilah suratnya, maka ia bersifat peringatan umum yang tidak dikhususkan kepada isu Lojing sahaja atau mana-mana tempat khusus. Suka kami nasihatkan Datuk Seri Azmi termasuk Sazmi agar meneliti perkara ini dengan lebih cermat. Sikap mendakwa Kerajaan Kelantan berbohong sangat menunjukkan kekurangan daya hemah seorang Menteri. Malang sekalilah apabila pihak akhbar pun turut kelihatan agak gemar bermain dengan kekeliruan. Samaada disegajakan ataupun tidak, apa yang pasti ialah apa yang di sebut dan ditegaskan oleh pemimpin Kerajaan Negeri tidak mendapat “highlight’ tetapi apa yang dikira boleh membawa kekeliruan, “fallacy atau fallacies” – itu yang sengaja diberitakan. Akhbar mensensasikan? Entah. Wallahua’lam. Untuk lebih telus dan terus, mari kita simpulkan kandungan penuh surat dari Pejabat Menteri Besar ini. Ia memuatkan satu perkara sahaja iaitu peringatan agar semua maklumat mengenai perhutanan di Negeri ini hanya boleh dikeluarkan separuh, semua atau sepenuhnya dengan keizinan Menteri Besar. Dalam hal ini, jika Menteri Alam Sekitar boleh dengan berani mencabar kita untuk mengeluarkan surat arahan itu untuk didedahkan ke pengetahuan awam, maka secara”reversal thinking”, apa salahnya jika kita pula mencabar Datuk Seri Azmi termasuk Sazmi untuk mengeluarkannya. Jika betul-betul mereka serius, maka “burden of proof” sepatutnya berada didepan tangga mereka. Kali ini, kita betul-betul ingin fokus. Ini soal digniti. Ia soal integriti, “decorum” dan maruah sebuah kerajaan. Pada saya, setelah membacanya, tiada apa yang tersirat dari apa yang tersurat. Pertama, ia tidak dituju kepada larangan “tutup mulut’ keatas isu Lojing seperti yang dituduh. Kedua, secara tafsiran, surat ini “tidak bersifat menghalang”. Ia (mana-mana maklumat perhutanan) boleh dikeluarkan tetapi dengan syarat mendapat kebenaran dari Menteri Besar. Ini amalan biasa, lebih-lebih lagilah apabila kita melihat akhir-akhir ini, ia (isu pembalakan dan pembangunan tanah tinggi) bukan lagi dilihat sebagai sesuatu yang berkepentingan bersama. Kita tidak sangat disibukkan lagi dengan gesaan pengwujudan “inter - state joint committee” untuk menyelesaikan masalah kemusnahan alam sekitar misalnya. Nampaknya, kita lebih gemar atau lebih berhasrat mahu meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Negeri. Ia seakan-akan telah dijadikan perkara berprofil tinggi. Agendanya satu saja : “memalukan orang”(?)Entah. Begitulah nampaknya ! Ia sudah berkecenderungan politik 100 persen. Jika kita kembali kepada isu sebenar ia cukup mudah. Sangat bersifat sehala. Isu sebenar ialah seperti yang di akui sendiri oleh Menterinya berbunyi; “Tindakan yang boleh diambil membabitkan aspek alam sekitar kerana 3 syarikat pembalakan gagal membuat permohonan penilaian kesan alam sekitar.”(Lihat Berita Harian , 17 April 2007). Ini isunya. Ia isu EIA. Isu ‘Environmental Impact Accessment”. Ia bukan isu surat. Bukan juga isu isi yang tersirat dari sepucuk surat. Bukan juga isu merahsiakan kandungan surat. Ia isu kegagalan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang di pimpin oleh Azmi dan Sazmi. Tidak perlulah memberi amaran, awal atau akhir untuk mendedahkan kandungan itu dan ini. Jika inilah surat yang dimaksudkan, maka kita tiada masalah langsung. Dedahkan. Boleh juga kita sama-sama baca dan bandingkankan. Silakanlah.Sekarang, kita jangan lari dari isu pokok. Isunya ialah kegagalan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membuat pemantauan,kawalan, penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan keatas syarikat yang menyeleweng. |
SAH UMNO MEMANG KAKI PENIPU!! - dari blog Rudin X (http://mimpiboneka.blogspot.com)
Visual di atas ialah gambar satelit kawasan
Bila kita berkhutbah tentang alam sekitar, yang mana subjek ini adalah salah satu dari rukun teras Islam Hadhari, sebenarnya, adalah tidak sah rukun khutbah jika kita tidak sebut tentang Cameron Highlands. Sehubungan ini, adalah digesa barisan pembesar UMNO Kelantan, yang mana Kelantan adalah tanah tumpah darah mereka, supaya berhenti dari mencaci nista diri sendiri [2]. Ludah ke langit tidak ke mana jatuhnya geriyok (kahak), kalau tidak ke muka sendiri [3].
Visual di atas dan yang berikutnya adalah perbandingan muka bumi kawasan Lojing yang digegak gumpitakan itu dengan Cameron Highlands Pahang yang disepikan seribu bahasa. (Mengapa, takut kena tulah Tengku Wong, ya?) Pembaca digalakkan menyaksikan sendiri visual-visual asal hasutan dan pembohongan pembangkang ini dari Google Earth [4]. Garisan putih dalam gambar membayangkan sempadan negeri. Manakala garis kuning membayangkan jalan raya.
Maka itu saya bertanya pembaca -- kemarukkah saya jika bertanya: Ada apa dengan mu UMNO Kelantan?
No comments:
Post a Comment