Thursday, April 19, 2007

Pengisian Seimbang Antara Rohani & Jasmani Amalan Rutin Mingguan Pemuda PAS DUN Demit

Bagi memperkasakan lagi pemuda-pemuda Islam di DUN Demit, peringkat AJK Pemuda PAS DUN Demit turut mengadakan pengisian Rohani dan Jasmani bagi memenuhi keperluan kehidupan sebagai seorang mukmin yang sihat dan cergas dari segi mental dan spriritual.

Justeru itu, sebagai langkah yang lebih dinamik dan proaktif AJK Pemuda Demit dalam mendekati golongan pemuda... kami mengadakan Usroh Nomad dan Permaianan Futsal yang diadakan setiap seminggu sekali. Selang seli diantara Usrah dan Futsal


1. Usroh Nomad
Mingguan- Usroh berpindah randah mengikut Peti Undi

Walaupun sibuk dengan aktiviti harian, pemuda Demit tetap tidak lupa tangunjawab untuk hadir usroh dan berbincang bagi menyelesaikan masalah Ummah.

2. Permainan Futsal Mingguan

Kehebatan pemuda Demit, bukan saja dari sudut gerak kerja Islam, tapi dalam permainan berbentuk fizikal sekalipun kami tekakan agar ia seimbang antara jamani dan rohani.

Ketangkasan, kehebatan dan kekuatan menjadikan kami pantas dari semua segi. Termasuk dalam gerakkerja Islam.

No comments: