Monday, May 21, 2007

Isu Paip Minyak: UMNO Kedah, Awang Adek dan Azmi Khalid Akan KALAH dalam PRU 12 nnt di Tangan BA!!

Gambar satelit tanah-tanah sawah yang akan diratakan oleh pemimpin UMNO
yang mengikut telunjuk pelabur asing

Tertarik dengan laporan berita dari Harakahdaily. net yang bertajuk "Projek Paip Minyak Memangsakan Petani MADA" -(Sila tekan jika nak baca teks penuh) yang diucapkan secara lengkap oleh Presiden Teras terhadap kesan kesan sosial , ekonomi , kesihatan , alam sekitar dan politik dari projek ini sangat besar.

UMNO Kedah Zalim DAN MENINDAS RAKYAT!

UMNO Kedah Menafikan Hak Rakyat Demi Kepentingan Pelabur Asing.

Pengambilan 3,200 hektar tanah petani MADA di daerah Yan, perkara ini akan menyebabkan petani MADA di kawasan tersebut hilang tanah sawah mereka sekaligus terpaksa berpindah keluar dari kawasan itu untuk memberi laluan kepada projek berkenaan. antara tanah sawah paling subur dalam negeri Kedah.

Tindakan UMNO Kedah membuat sesuatu keputusan yang dibuat tanpa mengumpul maklumbalas dan pandangan pemilik tanah yang terlibat , malah ia hanya mengambilkira kehendak pemaju yang akan mengaut keuntungan besar atas alasan masyarakat sekitar akan mendapat manfaat dari limpahan ekonomi yang kononnya akan berlaku adalah sesuatu yang zalim dan menindas hak rakyat Kedah.

Hak Milik Tanah dan Tanah Rizab Melayu Dirobek Oleh Pemimpin UMNO yang Tamak.

Hakmilik tanah mereka akan terlepas, malah mereka akan kehilangan kampung halaman serta pekerjaan mengusahakan bendang yang sudah dilakukan sejak berpuluh tahun lagi. Dengan hanya jaminan pihak kerajaan Kedah yang mengatakan akan mengganti tanah tersebut seperti yang dikehendakki dalam Perlembagaan Persekutuan , namun persoalannya ialah hak milik individu orang Melayu terhadap Tanah Rizab Melayu akan berkurangan .

Apakah rasional projek ini? kerana pengambilan tanah disitu melibatkan hampir 100% kependudukkan dan perkampungan orang Melayu. Projek itu akan mengakibatkan 1500 penduduk dari kawasan itu termasuk 2 buah Masjid , sebuah Sekolah Kebangsaan dan dua buah tanah perkuburan. Akhirnya projek ini akan merosakkan seluruh landskap kawasan tersebut.

Melayu Akan Kehilangan Kuasa Politik Akibat Kebodohan Pemimpin UMNO Kedah

Dari segi politik , pemindahan orang Melayu dari kawasan majoriti orang Melayu kepada kawasan yang tidak tentu kedudukannya adalah amat merugikan kerana dalam masa jangka panjang kuasa undi orang Melayu akan berselerakkan.

Kesimpulannya:

UMNO Kedah JUAL Negeri Sendiri dan Tunduk Kepada Pelabur Asing

Pemuda PAS Demit MENGESA AGAR Rakyat Kedah MENOLAK UMNO dalam PRU 12 akan datang DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA BA!

MENTERIKU YANG BODOH

Dato’ Azmi Khalid, Menteri di Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dimana beliau dalam isu ini?

Tindakan lembab dan lurus bendul seorang menteri UMNO yang cetek daya akal nyata tidak dapat menjaga kesejahteraan rakyat dengan baik. Kerana beliau langsung tidak PEKA dan TIDAK AMBIL PEDULI tentang masalah-masalah yang mungkin akan timbul di Yan, Kedah. Sedangkan dari fakta sejarah dan bukti sainstifik, amat nyata dan jelas menunjukan bahawa projek ini akan menjejaskan tahap kesihatan masyarakat setempat dan alam sekitar.

Dalam rekod Oil Watch Network melaporkan pencemaran yang dibuktikan secara saintifik terjadi kepada air , tanah dan udara dari kilang penapis minyak dan petrokimia boleh memberi kesan peningkatan kes leukimia , barah , kerosakan saraf , kesan kepada janin bagi ibu yang mengandung serta pencemaran darah manusia adalah sangat serius.

Sikapnya yang berat sebelah terhadap Kerajaan Kelantan (isu Lojing) dan tidak ambil tahu tentang kemungkinan rakyat Yan, Kedah akan mengalami kemerosotan tahap kesihatan dan pencemaran alam sekitar menunjukan beliau tidak layak untuk menjadi Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Buktinya amat jelas, apabila tiada satu pun Penilaian dan Analisis Terhadap Impak Alam Sekitar dan Impak Sosial akibat daripada projek mega itu. Sehingga kini masyarakat awam masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai status projek ini selain hanya dari pengumuman di media oleh pemimpin-pemimpin kerajaan semata-mata.


Pemuda PAS Demit mendesak agar Kerajaan Malaysia memecat beliau sebagai seorang yang memegang jawatan Menteri di portfolio Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


PEMIMPIN UMNO KELANTAN SANGGUP JUAL NEGARA DEMI KEPENTINGAN PELABUR ASING

Tindakan Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaan Kelantan harus mengikut segala telunjuk pelabur asing jelas menunjukkan beliau tunduk kepada kehendak pelabur asing dan sangat tidak bertangunjawab malah sanggup mengadai kedaulatan negara Malaysia.

Tindakan Awang Adek nyata dan jelas menunjukkan beliau sanggup mengadaikan maruah negara demi kepentingan kroni dan politik sempit pihak pembangkang (UMNO) di Kelantan.

Pemimpin yang sanggup mengadai maruah negara dan kedaulatan negara TIDAK LAYAK untuk berada di Kelantan dan Malaysia!!

Jatuhkan Awang Adek Dalam PRU 12 nanti!!


Kesimpulan keseluruhan:

Nampaknya amat jelas sekali, pemimpin UMNO sanggup menjual negara demi kepentingan pelabur asing. Rakyat Kelantan TEKAD mempertahankan Kelantan dari dijajah oleh UMNO yang sanggup menjual negara pada rakyat asing.

Tindakan bijak Kerajaan Kelantan yang bergitu tegas dalam menentukan lokasi tempat pendaratan minyak adalah menunjukan Kerajaan Kelantan amat prihatin dengan kehendak rakyat

Kedah yang kini ditadbir oleh Regim UMNO, nyata dan amat jelas ingin menjerut dan merampas hak pribumi rakyat orang Melayu Kedah.Nyata sekali isu ini akan memberikan satu BONUS yang besar kepada PAS untuk mengambilalih Kedah dari UMNO dalam PRU 12 akan datang.

Kebodohan UMNO dalam memanipulasi isu, menyebabkan terpalit kemuka sendiri lagi kot... isu Lojing @ KADA @ UMNO belum lagi buang palitnya... kena lagi sekali pulok dah!

Pemuda Demit mengesyorkan Rakyat Malaysia agar TUKAR PEMERINTAH MALAYSIA yang diperintah Barisan Nasional (BN) sekarang dengan mengundi barisan Alternatif (BA)

Menang Kelantan, Takluk Malaysia!!

No comments: