Tuesday, July 31, 2007

Kem Ukhwah Pemuda DUN Demit 2007

Sebahagian peserta sempat mengambil gambar untuk kenang-kenangan...
kegembiraan jelas terbayang di raut wajah pemudi pemudi harapan DUN Demit

Bachok, 27 & 28 Julai 2007 - Seramai 60 orang pemuda DUN Demit telah mengikuti Kem Ukhwah yang dianjurakn oleh J/w Urusan Pemuda DUN Demit yang diketuai oleh Utz Zulkifli Hussain yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian.

Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah dan semangat kerja berpasukan dikalangan pemuda di DUN Demit sebagai persiapan awal untuk berhadapan dengan musim PRU 12 yang dijangka akan tiba dalam bulan 11 nanti.

Bermula dari jam 9 pagi pada hari Jumaat, semua peserta berkumpul di Sek Men Agama Ar-Rahmah Kenali sebelum bertolak ke tempat program. Setibanya kami disana, semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan arahan dan penyampaian maklumat.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya ceramah motivasi, kuliah maghrib, kuliah subuh, mandi laut, bolasepak pantai, qiamulalial, bbq dan banyak lagi.

Alhamdulillah sepanjang 2 hari berprogram, kesannya dapat dilihat dari sudut jatidiri, keakraban semua peserta dan kerjasama yang diberikan menujukan program ini berjaya dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Antara gambar -gambar yang ingin dikongsi bersama;


Beberapa urusetia program/ajk pemuda DUN sedang bersantai sambil memerhatikan gelagat peserta sedang bermaindan mengikuti modul2 yang telah ditetapkan.


Kesedapan masakan tiada bandingan... semua masakan dimasak sendiri oleh ajk pemuda DUN, itulah kehebatan dan kekuatan ukhwah pemuda Demit.


Khusyuk peserta mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan


Modul makan secara berkumpulan bagi merapatkan ukhwahj dikalandan peserta dan urusetia

Kerjasama berkumpulan menghasilkan satu impak yang baru menjadi kekuatan kami...

1 comment:

karimah said...

salam ukhuwwah...
tahniah utk poklong sbb berjaya mengetuai porgram di bachok....satu prog yg baik....tahniah utk sumer..........