Tuesday, August 14, 2007

Skim Takaful Merdeka- UMNO Pentingkan KRONI

Abd Rashid wrote:

Umno Kelantan Perkenal Skim Takaful Merdeka
KOTA BAHARU, 14 Ogos (Bernama) -- Umno Kelantan akan memperkenalkan Skim Takaful Merdeka bagi memelihara kebajikan anggota parti, sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata skim berkenaan terbuka kepada semua anggota parti yang layak serta anggota pasukan keselamatan.

"Ia terbuka kepada anggota parti dan isteri serta anak mereka yang berumur bawah 23 tahun dan masih belum berkahwin. Kita juga akan memberi keutamaan kepada kira-kira 14,000 keluarga ibu tunggal di negeri ini.

"Selain itu, kita akan buka penyertaannya kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera atau balu mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, skim takaful berkenaan menggunakan dana parti dan dijangka disertai tidak kurang dari 350,000 anggota Umno di Kelantan.

Annuar berkata pendaftaran skim berkenaan akan dibuat secara berperingkat dan dijangka dapat dimulakan Oktober ini.

Sementara itu beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka merasmikan Perkampungan Islam Hadhari selama empat hari mulai esok di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini.

Pameran mengenai beberapa projek besar kerajaan pusat di Kelantan seperti pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dan Universiti Malaysia Kelantan akan turut diadakan, katanya.

-- BERNAMA

Sasaran & Kupasan Ringkas waktu pagi

- Ahli UMNO dan ahli keluarga yang berumur bawah 23 thn & belum berkahwin - bertapa jahil dan banggapnya UMNO Kelantan, seingat ana, sewaktu kerajaan Kelantan melancarkan Takaful Kifalah Warga Emas, bertubi2 serangan UMNO kepada kerajaan agar membatalkan program kebajikan rakyat.... sudah terang lagi bersuluh sekarang... UMNO hanya pentingkan KRONInya sendiri dan bukannya rakyat!

- 14,000 keluarga ibu tunggal - UMNO terkesima dgn tindakan kerajaan Kelantan apabila melancarkan program Kebajikan Armalah dan OKU di seluruh Kelantan, jadi tindakan yang terbaik untuk mendapatkan balik sokongan rakyat kepada UMNO adalah dengan 'meniru' apa yang kerajaan negeri buat!

- Polis, tentera (undi pos) dan balu mereka - IPCMC - polis dah tak sokong PM/Kerajaan... last2 naikan gaji polis dan tentera + tambahkan bilangan anggota polis dan tentera secara mendadak, untuk dapatkan balik sokong polis dan tentera. Tentera? nak menang lagi ke di Kok Lanas tu? undi pos tentera akan dimasuhkan juga nnti.... jom kita semua pakat2 gi Himpunan Rakyat Membantah SPR - 10 November 2007 dan Mendesak SPR agar:

- Membatalkan undi pos
- Mengunakan biometrik dan dakwat kekal
- Mengunakan cap jari
- Pembersihak daftar pemilih dari pengundi hantu UMNo@ pengundi import 'made in Thailand'

http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_f39c80f3-ca9db1d0-c0c18f00-2fd62c9f/1/anuar100.jpg
- 350,000 anggota ahli UMNO Kelantan - bodoh dan banggangnya Anuar Musa, ahli UMNO Kelantan sendiri pun beliau tidak tahu jumlahnya.... jumlah sebenar UMNO Kelantan: 207,645 sahaja - sumber laman web UMNO)... mcmni nak jadi Menteri Besar... hal ehwal dalaman sendiri tak tahu, nak sibuk jaga kebajikan rakyat konon!!

- Annuar berkata pendaftaran skim berkenaan akan dibuat secara berperingkat dan dijangka dapat dimulakan Oktober ini. - pengalaman Takaful Kifalah Warga Emas Kerajaan Kelantan mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk mendaftarkan sekurang2nya 80,000 orang warga emas di seluruh Kelantan. Ayat paling menarik ialah Oktober ini, dgn prestasi UMNO sekarang, umno tidak akan mampu untuk selesaikan dalam masa sebulan (jika ramalan kebanyakan pengalisis politik bahawa PRU 12 pada bulan Nov). bermakna dalam masa terdekat PRU 12 tidak akan diadakan pada bulan Nov, berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan - kenyataan org tingkat 4 @ Khairy semalam.

Perkampungan Islam Hadhari selama empat hari mulai esok di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini. - jom ramai2 g tengok apa yang hebat sangat perkampung had hari tu, sambil2 rakam gambar dan aksi lucah anuar musa.

No comments: