LAILATUL QADAR
Pada zaman Rasulullah SAW, telah timbul kekeliruan dikalangan para sahabat kenapa orang-orang dahulu kala dapat berjuang di medan perang sehingga seribu tahun, demikianlah umur Nabi Adam AS dan Nabi Nuh AS sekitar 950 tahun. Ini bermakna mereka yang dahulu kala telah dikurniakan umur panjang, badan besar, kuat beribadat, maka para sahabat bersedih kerana kekurangan yang ada pada mereka berbanding orang-orang terdahulu.
Rasulullah SAW juga turut merasa kesedihan mereka, lalu diwahyukan oleh Allah surah Al-Qadar yang memaklumkan bahawa SATU MALAM BERIBADAT ADALAH SAMA DENGAN SERIBU BULAN IBADAT, maka bergembiralah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta seluruh umat hingga hari ini. Malam itu hadir pada 10 MALAM AKHIR RAMADHAN.
Malam-malam yang diharapkan adalah malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Pada Malam Lailatul Qadar, Allah memerintahkan Jibrail membawa bendera kebesaran Allah dan diikuti oleh para Malaikat dan roh. Bendera tersebut akan dipacakkan di atas Kaabah, maka bertebaranlah para Malaikat ke seluruh Bumi dan memberikan salam kepada umat Muslim sehinga terbit fajar.
Akhirnya bendera itu dibawa ke Arash sebelum Subuh dan diikuti oleh semua Malaikat dan roh balik bersama. Oleh itu kita dituntut memperbanyakkan ibadat pada malam tersebut seperti MEMBACA AL-QURAN, SELAWAT, SEMBAHYANG, BERSEDEKAH dan lain-lain.
Rasulullah SAW akan mengejutkan isteri-isterinya dan para sahabat untuk bersama beribadat pada malam itu. Beberapa alamat hadirnya malam tersebut ialah ; Udara tenang dan binatang senyap, Mendung pada sebelah pagi, Melihat air penuh di segala tempat dan pohon-pohon kayu sujud.
Sesiapa yang mendapat alamat tersebut perlu bersyukur kepada Allah dan jangan dihebahkan kepada umum kerana minta dapat bertemu pada tiap-tiap tahun.
Malam Lailatul Qadar adalah sebesar-besar nikmat dalam Bulan Ramadhan terutama kepada umat Nabi Muhammad SAW dan ia malam terbaik beribadat disamping 2 malam hari raya, malam Hari Arafah dan malam Nisfu Syaaban.
PADA MALAM LAILATUL QADAR KITA DITUNTUT MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH DARI SEGALA DOSA-DOSA, LAKUKANLAH IA SEHINGGA WAKTU SAHUR. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TAUFIK HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA, INSYAALLAH.
Ikhlas dari Soleh Kenali,
Pemuda DUN Demit
No comments:
Post a Comment