Menarik betul perkembangan semasa di Malaysia skrg, terutama sekali kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Terutamanya dalam kenyataannya pada Hari Khamis 27/9/2007.... "PDRM akan meminta bantuan FBI siasah kes Nurin"_ Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian 28/9/07 dan bergitu juga surat khabar utama lain di Malaysia
Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia?
AL-FATIHAH
Sememangnya kes Nurin sesuatu kes yang menyayat hati dan betul2 tragis. Dan tidak sepatutnya ia berlaku di Malaysia, yang baru menyambut 50 tahun kemerdekaannya baru-baru ini.
Tapi yang betul-betul tragis dan tidak masuk akal ialah penglibatan penasihat strategi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Razak Baginda dengan berberapa anggota polis MENGEBOM sampai hancur luluh perempuan Mongolia, Altantunya dengan bahan letupan C4, hanya semata-mata ingin menghapuskan bukti.
Akhirnya tertangkap dan dibicarakan juga, sampai sekarang masih berlangsung perbicaraan kes itu masih berlangsung dan masih belum selesai.
Malah ada bukti mengaitkan Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kes ini (boleh rujuk laporan berita di: Najib seen with Altantunya : http://www.malaysiakini.com/news/69283 ).
Kenapa sampai sekarang kes ini tidak diambil tindakan serius oleh polis Malaysia, malah memohon bantuan dan dirujuk kepada FBI untuk diselesaikan dengan kadar segera? untuk diselesaikan.
Sebabnya diantara 2 kes ini, nyata dan jelas yang manakah lagi utama bagi polis dan Musa Hassan, iaitu untuk menjaga kroni dan pemimpin yang membelanya. Sudah pasti akan pecah tembelang siapakah dalang sebenar kes pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan itu sekiranya kes tersebut dibawa hingga ke siasatan peringkat antarabangsa.
Sama-sama kita fikirkan dan renungkan siapa di pihak siapa? Siapa pak turut dan kaki angguk di Malaysia. Jika hendak diharapkan kes Altantunya mendapat keadilan sepenuhnya, jangan haraplah... tak percaya? tontonilah rakaman pita video ini. ( http://www.youtube.com/watch?v=Cg_fEClqx88 ).
Video yang didedahkan oleh DSAI kepada media massa, yang melibatkan kronisme dan pakatan jahat peguam2 utama negara dalam menjaga kroni dan mendapatkan pangkat di Malaysia.
Sama-sama kita pertimbangkan, adakah ini Malaysia yang berwajah 50 MERDEKA? Malaysia perlukan satu perubahan 360 darjah samada dalam sistem pentadbiran negara, kehakiman, politik dsbnya.
Caranya adalah tidak lain dan tidak bukan, Undilah Barisan Alternatif (BA) dalam PRU 12 dan akan datang, maka anda akan melihat perubahannya!
Undi anda penentu kuasa mutlak dalam menentukan masa depan negara Malaysia.
1 comment:
masalah BN adalah politik wang.
Ramai pengundi masih tertarik dengan wang.
Wang boleh membeli undi.
Kemewahan pun boleh membeli undi.
Setahu saya, BN dah lama untuk memamcing undi pemuda-pemudi... dengan cara wang dan kebendaan (kemewahan).
Rancangan ini agak berjaya jika diteliti pemuda dan pemudi sekarang.
Kelantan sahaja boleh dilihat, ramai pemuda dah mulai sokong UMNO.
So BA kenalah ambil tindakan segera dan berkesan untuk tangkis politik wang dan kemewahan.
Post a Comment