Sunday, September 9, 2007

Lawatan Pemuda Kubang Kerian Lawat KL

Sebahagian Pemuda Demit berazam 'menakluk' Putrajaya & Malaysia pada suatu masa nnt, ia sesuai dengan slogan kami.

Pada 23,24 & 25 Ogos 2007, Pemuda PAS Kubang Kerian (sudah mestinya termasuk pemuda Demit)mengadakan lawatan kerja dan tinjauan rawak ke lokasi2 strategik sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya & Gombak.

Lawatan disertai seramai 88 orang pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian bertujuan untuk memupuk ukhwah dikalangan pemuda, disamping menjana kekuatan sebelum berhadapan dengan PRU 12 yang bakal tiba tidak lama lagi dan melihata sendiri kerjaan Hadhari yang diagung-agungkan oleh pemimpin BN selama ini.

Berberapa aktiviti menarik ialah kami sempat melawat Pusat Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar, melihat dengan mata kepada sendiri Dewa Murugan Sami Vellu, mengunjung hormat ke Pejabat Pentadbiran PAS Pusat di Jalan Duta, melakukan tinjauan di tempat haram di Kuala Lumpur (kilang arak, Lorong Hj Taib & Bukit Bintang), destinasi yang kami ingin takluk nnt iaitu Putrajaya dan banyak lagi.

Berberapa gambar menarik yang ingin dikongsi bersama, semoga ia menjadi kenangan terindah kita bersama dalam menjana kemenangan di DUN Demit, Kubang Kerian, Kelantan dan Malaysia nanti.

Dewa Murugan Sami Vellu di batu Cave

Bergambar bersama Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) & YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat & Ahli Parlimen Kubang Kerian)

Selangor Negeri Maju?

No comments: