Sunday, September 9, 2007

KITA SEMEMANGNYA MUAL MEMBACA BERITA INI ...!!!!

Pembangkang sudah hilang pertimbangan

KUALA TERENGGANU 9 Sept.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan penyokong parti pembangkang kerana bertindak membakar bendera UMNO dalam rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.

Menurutnya, penyokong pembangkang sanggup melakukan apa sahaja kerana tertekan selepas rakyat Terengganu tidak lagi menyokong perjuangan parti mereka. Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertamadun apatah lagi melibatkan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Katanya, Pemuda UMNO tidak akan berkompromi terhadap pihak terbabit yang membakar bendera UMNO dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Dari dulu lagi saya katakan, panji-panji kita jangan disentuh, kita tidak pernah buat benda-benda yang tak sepatutnya berhubung kait dengan panji parti masing-masing, keadaan ini jelas menunjukkan mereka telah hilang pertimbangan.

“Tak guna kita bincang bagaimana hendak mempertahankan budaya kita, bahasa kita, identiti kita, jika sekiranya ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu kepada anak bangsa yang seagama dan sebangsa dengan mereka,” katanya selepas melancarkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2007 di sini, hari ini. Jelas Hishammuddin, pembangkang sanggup mewujudkan huru-hara semata-mata untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.

“Saya harap kita di Terengganu ini akan bertahan, jangan ikut rentak mereka, jangan letak diri kita serendah mereka, kita harus bangga dengan apa yang telah kita lakukan iaitu perkara yang konsisten dengan pendirian kita selama ini,” ujarnya. Menurut beliau, sikap yang ditunjukkan UMNO selama ini akan meyakinkan rakyat untuk menilai sendiri parti mana yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib anak bangsa, tanah air dan agama.

SUMBER ASLI DARI UTUSAN ONLINE, YANG MAHA PEMBOHONG, PENIPU & PEMUTAR BELIT FAKTA SEBENAR. (klik di sini 1, 2)

BANDINGKAN LAPORAN MEREKA DENGAN HARAKAH DAILY..

SALAM YG MEMUALKAN..*MOHDRUDUAN10sept07

No comments: