Sunday, September 9, 2007

TERKINI !! POLIS JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO..

KUALA TERENGGANU, 9 Sept

Dua orang cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam. Mangsa berkenaan masih lagi di tahan dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Berbelas-belas orang telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS, Suhaimi Taib yang sehingga kini masih lagi ditahan polis.

Antara pimpinan PAS yang turut ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun. Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran BERSIH oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu. Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini.

Sementara Utusan pula memutarbelitkan tragedi berkenaan sebagaiman laporannya sebagaimana berikut (klik di sini)

Sumber : Harakah Daily

SALAM KEPOLISAN ….*MOHDRUDUAN09sept07

No comments: