Thursday, October 11, 2007

Inilah Kami! Pemuda PAS Demit.

Sekejap tadi, berberapa AJK Pemuda PAS DUN Demit dan berberapa AJK Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian baru sahaja selesai mengadakan program Pemuda Turun Ke Cawangan/Kg. Kali ini Kampug Chicha.

Program mingguan ini adalah sebagai langkah proaktif pemuda DUN dan Kawasan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan segera, ia bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba 1 hari sahaja lagi.

Selain itu, aktiviti tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat tentang gerak kerja & melancarkan jentera PRU 12 pemuda diperingkat cawangan masing-masing. Ia sebagai persiapan untuk menghadapi PRU 12 yang dijangka akan di istiharkan selepas Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jamuan moreh bersama masyarakat setempat

Sebahagian sumbangan yang disediakan

Adik Muhamad Fitry, antara salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan

Pakcik Hashim, salah seorang rakyat miskin turut menerima sumbangan.

Untuk program kali ni, 10 orang rakyat terpilih telah menerima sumbangan daripada pemuda DUN dan Kawasan. Mereka adalah yang terdiri daripada golongan-golongan miskin dan anak yatim disekitar Kampung Chicha. InsyaAllah pada minggu-minggu ke seterusnya kami akan teruskan lagi program seperti ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara komen dan pendapat penerima sumbangan;

" Rasa terharu dan program sebergini wajar sentiasa diadakan, tahniah pemuda!"

" Saya rasa gembira sangat-sangat..."

" Bahagia, rasa bangga dengan pemuda dun dan kawasan yang sanggup turun membantu rakyat yang memerlukan..."

" Teruskan usaha mulia ini..."

1 comment:

cakapaje said...

Assalamu'alaikum dan Salam Lebaran kepada semua sahabat seperjuangan.

Ini kali pertama ana menyinggah di sini dan ana memohon maaf kerana terpaksa menegur sesuatu mengenai webtv8, atau lebih dikenali wtv8.

Ana perhatikan link di sini masih menggunakan link lama yang telah luput. Link baru wtv8: http://wtv8.tv/v2/ atau melalui http://wwitv.com/tv_channels/b1841.htm


Kerana beberapa masalah teknikal sewaktu Lebaran ini, maka wtv8 tidak dapat disiarkan. InsyAllah, kami akan seperti biasa selepas ini.

Ana juga ingin menyampaikan pesanan dari salam.aman@yahoo.com.my - moderator harakahdaily@yahoogroups.com - agar lebih ramai sahabat menjadi ahli.


Wassalam