Tuesday, December 4, 2007

Program Khatan Perdana Mendapat Sambutan Luar Biasa Rakyat DUN Demit

26 & 27 November 2007, Binjai, Kota Bharu. Sekali lagi pemuda PAS DUN Demit buktikan bahawa pemuda adalah nadi kemenangan Islam. Semangat kami terus membara untuk kekalkan kemenangan Islam di Demit dan Kelantan.

Pada kali ini, Pemuda PAS DUN Demit membantu peringkat MTD menjayaka Majlis Khatan Perdana 2007 diadakan lagi pada tahun ini.

Program kebajikan dan kesihatan DUN Demit ini diadakan saban tahun apabila menjelang cuti sekolah bagi memberi ruang kepada adik-adik yang masih belum berkhatan untuk menunaikan kewajibpan agama.Ia bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan berkatan dan kesihatan disamping mengikut tuntutan ajaran Islam yang syumul.

Program berkhatan secara percuma dirasmikan oleh YBrs Cikgu Mohd Nuri Yaakub, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian bagi mengantikan YB Ustaz Dato Mohamad Bin Daud Al-Iraqi yang tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Sidang DUN: Pembentangan Bajet Rakyat 2008 di Kota Darulnaim. Beliau menyampaikan salam beliau kepada semua hadirin yang hadir.

Pada kali ini ia diadakan di SMU (Arab) Yunusiah, Binjai membabitkan seramai 150 orang peserta dari seluruh kampung di sekitar DUN Demit dan membabitkan sebanyak RM 10,000 bagi kos keseluruhan program.

Program ini mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat di DUN Demit. Rata-rata peserta dan ibubapa yang hadir cukup gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang diadakan pada kali ini dan mereka mencadangkan agar diadakan untuk tahun-tahun ke seterusnya dengan jumlah peserta yang lebih besar.

InsyaAllah pada tahun depan akan diadakan lagi dan lebih besar, kata salah seorang AJK MTD. Terima kasih kepada semua AJK MTD, Penghulu, Muslimat, Pemuda, Nisa, Doktor-doktor yang terlibat dan seluruh anggota yang menjayakan program ini.

Berita bergambar:

Khusyuk dikalangan 150 orang peserta yang terlibat mendengar ucapan perasmian

Penuh satu dewan!! sambutan yang luar jangka dari masyarakat DUN Demit

Full support!! Inilah kami sebahagian Pemuda PAS DUN Demit sibuk membantu MTD menjayakan program kemasyarakatan.

Kasih seorang ayah, Cikgu Nuri menyuapkan pulut kuning kepada 15o orang peserta yang hadir

Kerjasama mantap di semua peringkat jentera MTD, kelihatan AJK Dewan Muslimat DUN & penghulu berkerjasama bagi memastikan majlis berjalan lancar.

No Fear!! semua peserta seronok dan gembira mengikuti majlis ini. Inilah bakal pelapis kami pada masa akan datang.

No comments: