Demi menunjukan sokongan padu Pemuda Demit terhadap BERSIH. Maka pemuda DUN mengambil keputusan untuk menghantar wakil ke dua-dua perhimpunan aman yang diadakan nanti pada 9 Disember (di Parlimen) dan 11 Disember (di SOGO).
Pada 10 November 2007, Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil lepas, Pemuda DUN Demit antara yang menghantar wakil teramai diantara ketiga-tiga DUN di Parlimen Kubang Kerian. Maka dengan semangan gelombang kuning yang masih membara, pada kali ini kami tidak akan melepaskan peluang keemasan sekali lagi untuk turut serta dalam perhimpunan aman nanti.
GABUNGAN Pilihanaya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat pada 11 Disember depan bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR Abdul Rashid Rahman.
Rashid ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had mandatori 65 tahun.
Bagaimanapun, kerajaan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh menteri yang menjaga undang-undang, Nazri Abdul Aziz.
Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini.
Menurut satu kenyataan Bersih, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen pada tarikh itu.
BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.
Manakala sebelum itu, pada 9 Disember, ahli-ahli Majlis Peguam akan mengadakan perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia.
Perhimpunan akan dimulakan di kompleks membeli belah Sogo bermula jam 7.30 pagi. Para peguam kemudiannya akan berarak ke Pasar Seni.
No comments:
Post a Comment