Showing posts with label PRU 12. Show all posts
Showing posts with label PRU 12. Show all posts

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet TERAKHIR BN

Wajah-wajah Barisan Terakhir Dinasti 50 Tahun BN Memerintah Malaysia

Kabinet??

K abinet yang dicemari dengan pelakon skandal tunai RM 3 juta?

Kabinet yang membuang jauh tokoh agama hadhari?

Kabinet yang melantik mereka yang telah digantung keahlian dan dibuang oleh perhubungan negeri dari menjadi calon?

Kabinet yang menghimpunkan seluruh kroni PM untuk melenyapkan TPM Najib?

Kabinet yang penuh simbol balas dendam terutamanya yang melibat menteri dari Perlis?

Kabinet yang dihuni beberapa orang generasi veteran yang pandai memuji PM?



Inikah muka-muka yang akan membawa Malaysia kepada

Selamat... Aman... Makmur??

Mungkin inilah salah satu 'wajah' Kabinet Malaysia 2008

Lawak bukan?

Kami melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.

Marilah Rakyat Kita Semua Bersama-Sama BA Memerintah Malaysia Baru!



Sunday, March 16, 2008

Demonstrasi jalanan, hanya salah jika dianjurkan pembangkang.

"Demontrasi Bukan Budaya Kita"... tapi inilah realiti yang berlaku di Pulau Pinang (negeri Pak Lah), 1000 orang UMNO berhimpun secara haram dan berdemontrasi di depan Bangunan Komtar"

Inilah budaya sebenar UMNO/BN.... akhirnya terbukti,
MEREKA(UMNO/BN)
menjilat ludah mereka sendiri!

Memang benar di Malaysia ini, demonstrasi jalanan hanyalah salah jika ianya dianjurkan oleh pihak pembangkang. Tetapi jika kita lihat semenjak PRU ke12 ini, hanya pihak yang menyokong Barisan Nasional sahaja yang berhimpun menyatakan perasaan mereka tau dengan kata mudahnya menunjuk perasaan.

Bermula di Perlis sebelum penamaan calon lagi apabila para penyokong Shahidan Kassim yang berhimpun menyatakan sokongan kepada beliau sekaligus menyatakan bantahan kepada mana-mana pihak yang cuba mengugurkan Shahidan Kassim dari senarai calon.

Sekarang ini pula selepas pilihanraya selesai, para penyokong BN di beberapa buah negeri yang jatuh ke tangan Barisan Rakyat seolah-olah tidak menghiraukan segala kata-kata pemimpin mereka yang menyifatkan rakyat yang terlibat dengan demonstrasi jalanan adalah tidak bertamadun dan jakun.


Mereka berhimpun menyatakan bantahan terhadap BR di mana-mana sahaja, sehinggakan negeri yang masih dikuasai mereka turut berdemo untuk menyatakan sokongan kepada kawan mereka yang rebah di beberapa buah negeri.

Baru berapa hari Kerajaan Rakyat ini berfungsi sudah terdapat hasutan kepada rakyat jelata untuk menunjuk perasaan seolah-olah Kerajaan Rakyat ini sudah menindas kaum-kaum tertentu di negeri yang di kuasai mereka.

Hanya berdasarkan fakta yang dibelit oleh media arus perdana mereka ini sudah hilang pedoman untuk berfikir sejenak atau memberi peluang kepada kerajaan baru ini membuktikan keupayaan mereka.

Jika dalam masa beberapa tahun akan datang ini sudah terbukti yang Kerajaan Rakyat ini memang benar tidak berupaya untuk mentadbir dan meminggirkan mana-mana kaum maka pada masa itu bolehlah kita berdemonstrasi untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kita dan pada PRU ke 13 ini kita tumbangkan pula kerajaan ini.

Tetapi seperti yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin BN demonstrasi jalanan ini adalah bukan budaya kita maka masih mahukah lagi penyokong BN untuk memilih jalan ini.

Ataupun memang terbukti jika jalan itu adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat pemimpin BN sendiri akan turun mengetuai demonstrasi jalanan ini di negeri-negeri BR seperti yang berlaku di Malaysia selepas PRU ke 12 ini.

Webmaster

Sekadar beberapa petikan akhbar untuk peringatan penyokong BN sahaja

Inilah Budaya UMNO/BN.... berdemontrasi secara HARAM di Perak!

Demo Pemuda Umno berbeza dengan Hindraf
2007-12-11
//mstaronline.com.my

KUALA LUMPUR: Demonstrasi yang pernah dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice berbeza daripada demonstrasi jalanan yang dijalankan beberapa pihak kebelakangan ini kerana ia tidak menyentuh keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstasi yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu juga telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan bukannya perhimpunan haram.

Demonstrasi jalanan ranapkan negara
//utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut beliau, budaya itu yang kini mahu dipopularkan Pas juga bertentangan dengan masyarakat negara ini yang mematuhi undang-undang.

Rakyat Sabah Tolak Budaya Demonstrasi Jalanan
Posted on Monday, December 17 @ 20:13:46 MYT
//pemudaumno.org.my

Kota Kinabalu –- Pemuda UMNO negeri ini cukup yakin budaya demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh parti pembangkang ke negeri itu tidak akan diterima penduduk setempat kerana ianya tidak membawa apa-apa faedah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Salleh Kalbi berkata budaya tersebut hanyalah alat yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka semata-mata.

Demonstrasi jalanan gimik pilihan raya pembangkang
//almuniumno.org.my
Sunday, 02 December 2007

KUALA LUMPUR: Tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) membuat demonstrasi jalanan merupakan gimik pilihan raya pihak pembangkang bagi mengikis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan saluran media massa.

Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata, parti pembangkang terpaksa bertindak demikian kerana mereka kini ketiadaan isu dan demonstrasi itu memberi ruang kepada mereka untuk merancakkan siri ceramah mereka bagi meracunkan fikiran masyarakat.

Demonstrasi jalanan akan hancurkan negara
//mc.org.my

APAKAH tekad Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan demonstrasi jalanan di Malaysia sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-12, satu janji yang realistik?

Ataupun ia hanya merupakan satu gimik politik pucuk kepemimpinan parti itu untuk memenangi hati para pengundi? Mengapakah seorang pemimpin terkemuka seperti Presiden Pas boleh mengeluarkan idea sedemikian? Inikah perjuangan sebenar yang dituntut Pas sehingga mereka sanggup menyokong demonstrasi jalanan?

MBP kumpul 5,000 tanda tangan bantah demonstrasi jalanan
//belia.org.my


IPOH 16 Dis. – Majlis Belia Perak (MBP) berjaya mengumpul 5,000 tandatangan daripada golongan belia pelbagai kaum di negeri ini sebagai tanda protes mereka terhadap pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan secara haram.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, tandatangan berkenaan akan dihantar kepada Pemuda UMNO yang telah melancarkan Gerakan Bersatu Malaysia pada Selasa lepas.


salinanan daripada laman web: www.husammusa.com

Wednesday, March 12, 2008

Doa Tuan Guru Nik Aziz dimakbulkan, Awang Adek tumpas

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - DOA Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat termakbul akhirnya, yang berharap Dr. Awang Adek yang bercita-cita untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan dan menjadi Menteri Besar BN, tidak tertunai.

Pada pilihan raya lalu, Awang Adek yang sudah diisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan jika BN menang, bertanding di dua kerusi iaitu Dun Perupok menentang Dato' Omar Muhamad dari PAS (penyandang) dan Parlimen Bachok (penyandang Awang Adek) menentang Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Awang Adek tumpas dan diaibkan di kedua-dua kerusi tersebut. Wajahnya berubah dan panik (disiarkan secara langsung oleh tv) apabila ditanya wartawan berkenaan hasrat menawan Kelantan, ketika PAS terus diumumkan kemenangan demi kemenangan.

Di Parlimen Bachok, Nasharuddin mendapat 28,835 undi dan Awang Adek memperolehi 25,934 undi dengan majoriti sebanyak 2,901 berbanding pilihan raya lalu 1,698.

Di Dun Perupok pula, Awang ditewaskan oleh penyandang kerusi itu, Dato' Omar Mohd dengan majoriti 1,270. Awang memperolehi 8,235 undi sementara Omar mendapat 9,505 undi.

Beberapa hari sebelum tiba hari pembuangan undi, Tok Guru Nik Aziz mendoakan agar BN tidak menang di Kelantan dan hasrat Dr. Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar tidak dimakbulkan Allah s.w.t.

Dalam temu bual eksklusif Mingguan Wasilah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau yakin rakyat Kelantan sudah cukup licik dan bijak untuk membuat penilaian antara PAS dan BN di negeri ini.

"Saya doakan cota-cota Awang Adek (jadi MB) tidak akan dimakbulkan Allah kerana perjuangannya setakat untuk dunia, matlamatnya hanya pembangunan, sama seperti lain-lain ideologi ciptaan manusia termasuklah komunis," tegas Adun PAS kerusi Cempaka itu.

Katanya, PAS minta rakyat undi parti itu kerana PAS mahu laksanakan ajaran al-Quran dalam pemerintahan.

Sedangkan BN berpegang kuat pada perjuangan pembangunan dan tidak menyebut soal dosa pahala. Tiada ajaran lain yang sebut soal dosa pahala melainkan Islam. - mns

Tuesday, March 11, 2008

Calon PAS DUN Demit Menang BESAR.

YB Ustaz Muhamad Mustafa

Keputusan PRU12 N19: DUN Demit


PRU12 pada kali ini membuktikan bahawa PAS masih relevan dan mampu membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam adalah pilihan terbaik untuk memerintah negeri Serambi Mekah ini.

Keputusan PRU12 pada kali ini membuktikan bahawasanya PAS adalah pilihan rakyat dan faktanya, PAS sudah merampas kembali kerusi yang kalah dan marginal PRU11 yang lepas dari tangan Barisan Nasional, khususnya UMNO.

Kini BA di Kelantan sudah menguasai 39 kerusi dari 45 DUN dan 12 Parlimen dari 14 yang dipertandingkan. Kini PAS sudah menguasai 2/3 kerusi dan akan memerintah negeri ini dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama.

Manakala di DUN Demit sendiri juga membuktkan bahawa PAS tetap menjadi pilihan hati rakyat di DUN Demit, ia terbukti apabila Ustaz Muhamad Mustafa memperolehi majoriti besar iaitu sebanyak 4,799 undi berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 3, 256 undi pada PRU11.

Tahniah kepada ADUN Demit yang baru, semua jentera diperingkat DUN samada MTD, Ulama, Muslimat, Pemuda dan semua yang bergerak kerja bagi memastikan Islam terus kekal di Demit.

Semoga kita semua dapat menunaikan Amanah Rakyat yang diberikan kepada kita tanpa mengira ras kaum, parti politik dan seterusnya mengembangkan lagi agama Allah diatas muka bumi kita ini.

Resepi Sebenar Kemenangan ISLAM di Kelantan

ImageMunajat Rakyat Kelantan "Pertahankan Kerajaan Islam" Tarikh & Masa : 7 Mac 2008 & Jumaat mulai jam 3.30 pagi Tempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Munajat ini khusus untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Islam Kelantan dan mohon digagalkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan rancangan penipuan besar-besaran bagi menumbangkan PAS dan menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan.

Tangisan seorang Menteri Besar....

Hanya kepada-Mu ya Allah kami memohon pertolongan...

Lautan manusia membanjiri stadium.

Memohon pertolongan Allah SWT

Sayap kiri perjuangan Islam tetap turut serta

Alhamdulillah, Pilihanraya Umum Kali Ke 12 pada kali ini brpihak kepada Barisan Alternatif (BA).
PRU12 kali ni memberi satu sejarah baru dalam arena politik tanahair. BA bukan sahaja mengekalkan kuasa di Kelantan, malah BA berjaya merampas 5 buah negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah kepada pasukan BA yang mantap. Teruskan berjuang dan jangan lupa kebergantungan kepada Allah SWT.



Monday, March 3, 2008

Wednesday, February 20, 2008

PESAN DATO' SERI..


Monday, February 18, 2008

EDISI PRU 12




Sunday, February 17, 2008

BATTLE OF FLAGS












Saturday, February 16, 2008

MUNAJAT RAKYAT KELANTAN



“Tanpa di pinta air mata ini bercucuran, menginsafi betapa kerdilnya diri ini”

Ketika UMNO masih lagi terkial-kial mencari formula bagi menggapai impian menawan Kelantan, 10,000 rakyat Kelantan pula bermunajat awal pagi kepada Allah bagi menggagalkan rancangan BN. Program ‘Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru’ diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu bermula jam 4 pagi tadi.

Program dimulakan dengan solat tahajut enam rakaat diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas yang juga merupakan Bendahari Dewan Ulamak PAS Kelantan. Kedinginan suasana pagi dengan solat di atas hamparan sejadah di bawah langit terbuka tidak menghalang rakyat Kelantan untuk menyatakan iltizam mereka berdepan dengan pihak lawan pada pilihan raya ini. Biar pun ketika orang lain masih lagi enak dibuai mimpi namun rakyat Kelantan tidak mahu ketinggalan bersama bermunajat kepada Allah bagi mempertahankan kerajaan di bawah ulama.

Selepas solat tahajjud pula, orang ramai yang hadir bermunajat dengan membesarkan nama-nama Allah swt sebagai empunya segala kehidupan di langit dan bumi mengalunkan zikir-zikir & tasbih. Ianya dilakukan sambil berdiri sehingga suara yang begitu nyaring bagaikan membelah keheningan awal pagi di Bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Sementara solat hajat pula diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan. Suasana menjadi semakin syahdu apabila doa yang dibaca oleh imam diselangi dengan nada sebak membuatkan ribuan jemaah turut rasa terkedu. Sebelum masuk waktu Subuh diadakan solat witir tiga rakaat. Ketika itu kenderaan-kenderaan terutamanya bas ekspress yang sampai ke Kota Bharu melalui Jalan Mahmood bergerak perlahan, memerhatikan dengan pelik ribuan manusia berkopiah & bertelekung putih sedang bermunajat.

Satu suasana yang tidak pernah disaksikan di tempat lain. Solat Subuh pula diimamkan oleh TG Menteri Besar yang turut menyampaikan kuliah subuh sehingga jam 7.15 pagi.

* Sumber berita asal boleh didapati di Harakah Daily & Blog Cikgu Nuri

Thursday, February 14, 2008

KISAH PAK MAT :- PEJUANG UMNO

Salam Pilihanraya.. cerpen pendek berikut merupakan kisah benar yg berlaku menjelang pilihanraya.


Pak Mat ialah orang miskin di kampungnya. Setiap pagi selepas sarapan ala kadar, berbasikal pula menghantar cucunya kesekolah. . Pernah menjadi ahli UMNO pada tahun 1970an dan aktif di dalam pertubuhan itu sehinggakan masa hidupnya dihabiskan untuk berjuang menaikkan nama UMNO.

Pak Mat merupakan kenalan arwah ayah, namun berseteru atas fahaman politiknya. Setelah pemergian arwah ayah, Pak Mat terus berkhidmat dengan UMNO tanpa berbelah bahagi, sehinggalah permohonan hakmilik tanahnya ditolak oleh wakil rakyat UMNO yang dijulangnya untuk sekian lama. Sejak itu beliau mula berpatah hati sehinggalah hari ini.

Ketika dahulu, seingatnya wakil rakyat yang bergelar Dato' itu akan membantu beliau sekiranya dia menang. Tetapi, selepas kemenangan dicapai, lain pula jadinya. Kebanyakan projek pula disapu oleh kroni Dato' tersebut dan bukannya diagihkan dengan sebaiknya.

Pak Mat sehingga sekarang di nafikan segala permohonnya termasuk buku bantuan sekolah untuk anak cucunya dan sekarang baru baru tahun ini beliau merasa buku bantuan sekolah namun yuran sekolah masih perlu dibayar, malah semakin mahal berbanding tahun tahun dahulu. Nasihat beliau pada ku menjelang pilihanraya..

"Cayoo lah awee, UMNO akan wak gapo sajo sebelum ngundi, pah tu gak takdok gapo"
"Sumanya ake hile skali nga wakil rakyat dio hok dok sibuk sokmo"
"Puak-puak tu lor ni lebih peting ko diri sediri, nego & projek jahh"
"Tak soh dok ber arap laaa"

Sambungnya lagi..

"Puak2 tu akan besar nego blako"
"Hingga sapa hak setengah tuu...tak abis nok make harta, pah ko anak cucu, cicit"
"Boo laa undi UMNO nyohh"

Jadikan sejarah hidup Pak Mat sebagai pengajaran. Dari usia muda berjuang kononnya untuk bangsa dan agama, tetapi bila sudah tua tidak mampu tinggalkan apa pun harta untuk anak. Malah menyusahkan kehidupan keluarga anaknya.

Beliau menitiskan air mata bercerita tentang kehidupannya yang dahulu tidak sebegini. Di umpan dengan janji manis tetapi hakikatnya dengan tulang 4 kerat itu lah beliau cuba berjuang untuk hidup. Ramai Melayu yang merempat kerana mereka beranggapan bahawa nasib mereka dibantu oleh parti bangsa Melayu UMNO.



Namun hakikat adalah disebaliknya. UMNO tidak seperti MCA yang pentingkan tanggung jawab disamping kepentingan diri. Tetapi UMNO di dalangi oleh spesis yang bijak ambil kesempatan untuk kepentingan kuasa dan diri. Akhir nya melayu hanya menang berangan angan lantas hari tua menanti kemudian hari dengan tiada apa pun yang boleh dibanggakan.

Jangan bazirkan masa depan anda bersama UMNO kerana kepimpinan UMNO dan BN adalah dari golongan mereka yang tamak dan haloba. Pandai berlakun, ketawa dan bersedih tetapi di dalam masa yang sama berkepentingan. Pandai ambil kesempatan keatas kepercayaan rakyat kepada mereka.

cerpen pendek oleh :- wan

Wednesday, February 13, 2008

APA ADA PADA BEDOLAH?

Salam Pilihanraya... sajak berikut direka buat tatapan semua!


Apa ada..
Apa ada pada Dolah Badewi yang baru saja menipu rakyat,
tentang tarikh pilihanraya,
kelmarin kata bukan esok bubar
tapi bila esok... bubar pula

Apa ada..
Pada Dolah yang bagi percuma sebahagian tanah Johor pada Singapura
Pada Dolah Badewi yang menjual Pantai Holdings kepada Singapura?
Pada Dolah Badewi yang melantik Si Kalimullah bermaharajalela di NSTP.
Pada Dolah Badewi bila sahaja jadi PM, banyak editor Melayu NST tertendang keluar.

Apakah yang ada..
Pada Abdullah, bila sahaja menjadi PM, anak menantu sudah tunjuk taring.
Pada Abdullah, bila sahaja menjadi PM, segalanya penuh kecelaruan.
Pada Abdullah, bila sahaja menjadi PM, lain di mulut lain pula yang dibuat.
Pada Abdullah, bila sahaja menjadi PM, mengaku ini "idea saya."

Apa ada...
Pada anak Badawi, bila Proton makin banyak rugi
Pada anak Badawi, bila AP bersepah milik Rafidah, Hanif dan Aziz
Pada anak Badawi, bila buang Ketua Bahagian yang menang bertanding.
Pada anak Badawi, bila pandai panggil orang Iblis

Apa ada pada Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi?
Tiada apa-apa pun.

by..wan



PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA

Sumber info.. Laman Pilihanraya Pemuda

Dewan Madinatul Ilmi, Kbg Kerian,
Jumaat, 1 Februari 2008, 9.30 mlm

Menyedari pilihanraya kian hampir, Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi bagi mengekalkan kerajaan Islam ini.

Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenalpasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah, ADUN Demit, Ust Mohd Daud Al Iraqi, ADUN Pasir Tumbuh, Ust Baihaki Hj Atiqullah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr Mohd Ridza Hj Zain. Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pemuda dari ketiga-tiga DUN. Sementara itu, Sdr Ridza dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi.



Simbolik kepada pelancaran Gerakkerja Jentera Pilihanraya itu juga, diagihkan kain lilit kepala dan gelang getah BERSIH kepada setiap Ketua Pemuda DUN. Program seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia & semangat juang yang dipimpin oleh Ust Abd Fatah, Ketua Pemuda Pasir Tumbuh. Jelas sekali perlaksanaan program ini telah berjaya menepati sasaran dan menampakkan semangat juang yang jitu dikalangan anak-anak muda dalam Parlimen Kubang Kerian.

Takbirr.. by wan..

Monday, November 5, 2007

BPR Siasat Tok Guru Yang TIDAK AMBIL RASUAH, yang AMBIL RASUAH diLEPASKAN!!

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sudah Hilang Punca!

Petang tadi, 5 November 2007.


Sewaktu saya masih lagi dipejabat sibuk menguruskan kerja harian. Terkejut dengan tindakan tidak bermaruah pegawai BPR yang jelas ketandusan idea dan saja ingin mencari isu dekat2 PRU 12 tidak lama lagi.

Tuan Guru yang tidak ambil rasuah BPR pergi siasat, yang ambil rasuah dilepaskan. Tindakan BPR ini adalah gara-gara Tok Guru membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak menerima rasuah berjuta-juta ringgit ketika mula-mula menjadi MB Kelantan 17 tahun lampau.

Laporan media jelas menunjukan fakta dan bukti bahawa kes rasuah membabitkan pemimpin tertinggi negara berlaku. Antaranya:

# Ketua Pengarah BPR Malaysia terlibat dengan rasuah, dikekalkan jawatan dan dilepaskan.









# ADUN Kelang, Dato Zakaria yang mampu memiliki rumah RM12,000,000 (12 juta), dgn 16 bilik air seperti istana menghadapi 13 kes pertuduhan, kini dilepaskan.

http://thestar.com.my/archives/2006/11/1/nation/n_01zakaria.jpgZakaria gagal ke mahkamah hadapi 13 tuduhan
Utusan Malaysia
Oleh: NORAZLITA MOHD. SIES

KLANG 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros (gambar) yang sepatutnya didakwa atas 13 tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, tidak hadir kerana berada di Indonesia.




# 40% pegawai tinggi polis mengambil rasuah -Kenyataan Tun Sri Hanif Omar, Bekas Ketua Polis Negara. Pegawai Tinggi Polis tidak disiasat, malah dibebaskan.

# Kes pembelian Sukhoi, kapal selam buruk dengan harga berbillion-billion tidak disiasat.

# Kes video klip konspirasi perlantikan Hakim Negara diantara Hakim Kanan dan Pemimpin di Peringkat Pusat disiasat, tapi dilepaskan. Malah Suruhanjaya Diraja tidak ditubuhkan!

# Laporan audit negara juga melaporkan dengan jelas bahawa berlaku penyelewengan di Kementerian2 utama dalam negara seperti Kementerian Pertahanan (Najib), Kementerian Pendidikan (Hishamuddin), Kementerian Belia dan Sukan (Azalina) dll secara jelas terbabit dan terbukti terlibat dalam menipu dan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Adakah anda fikir logik buku RM12.00 di claim dengan harga RM500.00? dan inilah yang mereka lakukan.

Dan bermacam2 kes lagi... Malaysia semakin hancur dibawah kepimpinan yang ada sekarang. Transformasi kepimpinan secara menyeluruh perlu dilakukan segera!

Dunia Sudah Terbalik.

tok-guru-nik-aziz-4.jpg


Yang mereka siasat adalah, seorang berimej Pak Lebai yang dihormati, yang hanya hidup sederhana, mempunyai rumah papan berwarna hijau, tidak bermewah-mewahan, tahu berjimat cermat sehinggakan nak pergi bilik air pun beliau tutup lampu bilik Menteri Besar kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Rumah Tok Guru

BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat? Cuba anda bandingkan dengan rumah pemimpin-pemimpin BN sekarang. Tak perlu jauh, Anuar Musa dan Dato Zakaria pun sudah cukup!


Sekiranya anda seorang Pengundi Yang Bijak, anda mesti tahu siapa yang harus anda pilih untuk memimpin Negara. Undi anda adalah penentu.

Gunakan ia sebagai KUASA dalam PRU 12 akan datang. Pilihlah yang terbaik dan demi kebaikan semua.

&

JOM sama-sama kita menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat di Padang Merdeka Pada 10 November 2007 nanti. Ia disertai dengan perarkan ke Istana Negara bagi menyerahkan manisfesto kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung Malaysia.

Murid Tahun 3 Diliwat, Dirogol & Dicampakkan Hidup-Hidup Dari Bangunan

Kejam, Sadis & Binatang!

Boleh rujuk laporan berita dari Harian Metro versi online yg dilampirkan dibawah.

Dilaporkan, mangsa dicampakan dari tingkat dua ketika mangsa MASIH HIDUP dan ia bertujuan bagi memastikan mangsa mati dan menghilangkan bukti kes bahawa mangsa dirogol dan diliwat terlebih dahulu.

Ada juga manusia sekejam ini di Malaysia. Kejadian ini tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan;

# pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas ditimpa hujan ditutup dan dikawal rapi,

# siaran-siaran televisyen dikawal dari memasukan unsur-unsur negatif,

# pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tugas sebaik mungkin dan tidak mengambil rasuah

# konsert-konsert dan festival yang jelas haram di larang dan ditutup sama sekali.

# minyak, tol, barang-barang harian tidak dinaikkan secara jelas mendatangkan tekanan mental kepada semua rakyat bawahan. tekanan kewangan kepada sub unit kecil dalam masyarakat jelas semakin ketara dizaman era pemerintahan regim kuku besi Pak Lah Hadhari.

# pemimpin negara yang betul2 mengamalkan Islam yang syumul dan bukannya Islam Hadhari.

# dan banyak lagi


Malah kes Nurin jazlin sehingga kini masih belum selesai, datang pula tragedi tragis ini. Mungkin akan berlaku lagi kes2 seperti ini dan Nurin2 yang berikutnya....

Sedang rakyat Malaysia sedang ketakutan yang amat sangat, sehingga pelbagai perkara kejam, ganas, sadis, liwat, bunuh, rogol, liwat, zina, buang bayi, ajaran sesat, bunuh diri, merompak, pelbagai lagi peristiwa yang tidak berperikemanusiaan.

Pimpinan negara nampaknya hanya pandai berkokok di PWTC (5-9/November) dan seolah2 memandang ringan perkara-perkara ini. Mereka hanya mementingkan duit poket sendiri dan kroni-kroni.

Buktinya memang ada dan sah.
Tetapi mereka tidak diadili dengan adil apabila sistem kehakiman diperkudakan untuk kepentingan parti memerintah. Pimpinan Negara, Polis, BPR dan 'ikan-ikan paus' di Kementerian Utama (Pertahanan, Belia dan Sukan, Pendidikan dll - boleh lihat laporan Audit Negara ) sibuk memakan rasuah dan dibiarkan bebas sesuka hati.

Mungkin ini bala yang diturunkan oleh Allah kepada Kerajaan Islam Hadhari yang dipimpin oleh Pak Lah mahukan.

Malaysia yang dicintai ini akan hancur sekiranya mereka masih memengang tampuk kepimpinan negara.

Anda sebagai rakyat Malaysia adalah penentu masadepan negara.

Jom kita semua tunjukan kuasa rakyat dengan;


# Menyertai Himpunan 100,000 Rakyat Menuntuk Pilihanraya Bersih & Adil, di Dataran Merdeka kemudian berarak ke Istana Negara. Bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung.

# Gunakan kuasa UNDI anda dalam menentukan pemimpin di tempat anda berada, gunakan sebaik mungkin untuk mengajar kerajaan yang zalim dan menindas rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke 12 dan akan datang, tidak lama lagi.


Anda penentu masadepan negara!!


PETIKAN BERITA:
Mangsa bunuh kena rogol, liwat - Harian Metro 5.11.07

Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD
Bedah siasat mendapati ada unsur jenayah

GOMBAK: Seorang murid tahun tiga sekolah kebangsaan di Selayang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di dalam longkang, dipercayai mangsa rogol dan liwat, di sebuah kondominium di Batu Caves, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mayat Preeshena Varshiny ditemui seorang pengawal keselamatan kondominium yang meronda kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada polis.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya disangka mati akibat terjatuh dari kediamannya di tingkat sembilan kondominium.
Menurutnya, bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian kanak-kanak itu mempunyai unsur jenayah.

"Kes berkenaan mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun hasil bedah siasat mendapati kematiannya ada unsur jenayah, termasuk unsur rogol dan liwat.

"Mangsa cedera di kepala, patah tangan kanan, lebam pada dada dan belakang badan," katanya.

Beliau berkata, selain itu ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, termasuk dubur, dipercayai akibat dirogol dan diliwat.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan dipercayai tinggal seorang diri di rumahnya berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

"Polis tidak menemui kesan pecah masuk di rumah mangsa dan pintu rumahnya berkunci. Siasatan polis juga percaya kejadian tidak berlaku di situ, sebaliknya di sebuah rumah kosong di tingkat dua kondominium," katanya.

Sepasukan polis Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ketika ditemui, mayat kanak-kanak malang itu lengkap berpakaian tetapi tidak berseluar.

Polis turut menemui kunci di tangan mayat kanak-kanak malang itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai masih hidup ketika dicampak ke dalam longkang dan mati tidak lama kemudian kerana kecederaan parah dialaminya.

Katanya, pemeriksaan polis di rumah berkenaan juga mendapati tingkap belakangnya terbuka, dipercayai digunakan penyerang untuk mencampakkan kanak-kanak itu.

Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat kanak-kanak itu dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 1 pagi semalam selepas bedah siasat dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ahli keluarga mangsa, termasuk ibu bapanya yang ada hospital berkenaan, enggan ditemuramah kerana masih terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd Abdullah, mengesahkan kejadian itu dan berkata belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Menurutnya, polis masih melakukan siasatan dan mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai.

Warga kota sebelum ini pernah digemparkan dengan kejadian malang yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, Wangsa Maju yang didera secara seksual.

Tuesday, October 23, 2007

KAJIAN KES: Ketaranya PAS Meninggalkan UMNO di Kelantan!

MEMO PRU12: Diiring Gemuruh Angin, Meniup UMNO Kelantan … Alam Yang Jadi Saksi (Bahagian 1)

Menurut Artikel 55 Perlembagaan Malaysia [1], tempoh wajib berlakunya sesuatu pilihan raya umum itu ialah sebelum tamat tempoh 5 (lima) tahun pilihan raya sebelumnya diadakan. Diberi begitu hakikatnya mengapa pula tidak sampai enam bulan berlalunya PRU 2004 parti-parti pembangkang telah mula mendesak Pentadbiran Pak lah supaya satu pilihanraya umum diadakah segera?

Seolah-olah jika satu pilihan raya umum diadakan di saat itu atau dalam waktu terdekat ini, pembangkang boleh menggantikan UMNO/BN ditampuk kuasa negara.

Apa hikmah? Apa muslihat, hingga “norma” jarak (purata) waktu antara dua pilihan raya – 4 tahun 4 bulan [2] -- yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir mahunya dipendekkan?

Cerita di belakang visual di atas adalah salah satu dari pemboleh ubah (variable) dalam rumus (equation) pendesakan ini.


Tinjauan hasrat rakyat
Mengikut tuan empunya cerita, visual ialah muka surat depan dan belakang satu soal selidik yang ditabur diseluruh pelusuk Kelantan sekitar bulan Julai-Ogos tahun lepas. Masih jelas dalam visual, tajuk soal selidik ialah: Tinjauan Kepekaan Tentang Kempimpinan Kelantan 2006.

Apa relevannya di kala ini membincangkan hasil tinjuan yang dibuat tahun lepas?

Ya, betul, relevansinya boleh didebatkan. Namun sebelum kita ke titik itu, apa kata pembaca izinkan saya review konteks iklim politik di Kelantan ketika itu. Mudahnya, izin saya simpulkan senario politik Kelantan ketika soal selidik itu diedarkan.


Senario politik Kelantan sewaktu tinjauan
Yang pastinya di ketika itu, PAS Kelantan masih lagi merawat luka kekalahan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir tahun 2005. Tetapi yang lagi mendebarkan, PAS masih belum melintasi garis tiga tahun menyandang kerusi. Yakni belum lepas tempuh “idah” terpaksa mengharungi pilihan raya kecil (malah pilihan raya seluruh negeri) sekiranya berlaku sesuatu yang “tidak diingini” kepada salah satu dari 23 Ahli Dewan Undangan Negeri PAS. [3]

Dengan kedudukan kerusi DUN PAS 23 –UMNO 22, sepanjang masa sebelum tarikh 24hb Mac 2007, atau genap 3 tahun berlalunya PRU 2004, PAS Kelantan sebenarnya berada di hujung tanduk. Di ketika itu, cukup dengan seorang saja ADUN PAS berpaling tadah atau mati, Kelantan akan menyaksikan satu PRU. [4], [5]

Di ketika itu PAS dicengkam 1,001 dugaan dan cabaran dalaman dan luaran. [6], [7]

Dari luar, UMNO telah menggunakan pelbagai helah dan tekanan untuk menrealisasikan hasrat terbubarnya DUN Kelantan. Taktik prima UMNO dalam hal ini seperti lazimnya ialah cubaan membeli ADUN PAS. [8], [9], [10], [11]

Bab dalaman pula, rakyat Kelantan ketika itu telah dihembus satu siri ledakan khabar angin. Datangnya silih berganti, menjadikan rakyat yang peka politik digenangi bagai nak lemas dalam 101 versi cerita tentang kerenah saf kepimpinan parti, baik dari kalangan yang terpilih semasa PRU 2004, mahupun yang tersisih.

Jalan cerita semua khabar angin ketika itu adalah mudah – TG Datuk Nik Aziz telah diugut oleh kumpulan dalaman PAS Kelantan itu dan ini untuk paksakan DUN terbubar jika tuntutan tidak dipenuhi. Contoh cerita:

  • Enggan beri kawasan balak yang dihajati kepada “geng” atau “kabilah Bani Si-polan Itu dan Ini,” ada ADUN yang akan lompat parti. Kesannya DUN terpaksa dibubar.

  • Enggan setuju lulus syarat pemilikan sekian puluh ribu ekar tanah kepada grup Cina Gua Musang itu dan ini, ada ADUN yang jadi broker sekaligus “balaci” akan lompat parti. Kesannya DUN akan terbubar.

  • Kerajaan berkeras tidak mahu buang pegawai itu dan ini dari menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu dan ini, ada ADUN yang sudah “disinggung perasaan” dek pegawai tersebut akan lompat parti. Kesannya DUN terpaksa dibubar.

  • Ada ADUN yang gambarnya tersenarai dalam soal selidik telah terima wang pendahuluan dari sogokan berjumlah RM3 juta untuk lompat parti. Pun si-polan itu sudah tanda tangan dokumen perjanjian bersaksikan peguam. Bila-bila masa dia boleh lompat parti. Kesannya DUN akan terbubar.

Begitulah perkhabaran yang disajikan kepada rakyat Kelantan untuk membayangkan betapa gentingnya kedudukan PAS Kelantan dalam tahun 2006.

Berlatar belakangkan gambar betapa tipis dan licinnya tali kuasa yang sedang dipegang PAS itulah tinjauan dibuat. Seterusnya mengikut tuan empunya cerita, objektif tinjauan ialah membolehkan satu taksiran ilmiah dibuat tentang sejauh mana -- di ketika itu -- rakyat Kelantan bersedia “mengubah selera.” Ramai yang ingin kepastian di ketika itu, PAS atau UMNO kah yang bakal menang jika DUN dibubar dan PRU diadakan.

Maka soal selidik pun diedarkan secara rambang, ditabur ke dalam pasar, ke warung-warung, ke rumah-rumah persendirian, malah di mana saja manusia berkumpul, diunjuk kepada sesiapa juga yang sudi berkerjasama.


MEMO PRU12: Diiring Gemuruh Angin, Meniup UMNO Kelantan … Alam Yang Jadi Saksi (Bahagian 2)

Ya, pada tahap keyakinan 95%, ditangga teratas carta politikus popular, insan yang mendapat 76% undian rakyat Kelantan sebagai pemimpin paling dipercayai ialah -- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. (Sila rujuk nota teknikal di hujung artikel untuk pertimbangan statistiks).

Saya yakin penemuan tinjauan yang dipaparkan tidak mengejutkan pembaca. Angka-angka itu tuan/puan semua boleh teka, malah sudah pun tahu di peringkat firasat.

Tetapi pembaca mungkin angkat kening mengetahui bahawa PAS Kelantan yang umum anggap “parti lebai-lebai kampung” – tanpa sokongan dan bantuan Cawangan Khas, tanpa Risik Tentera, tanpa JASA, tanpa Seranta FELDA -- pun boleh mengukur cita rasa dan mood rakyat. Malah berkeupayaan untuk tujuan itu semirip analog [1].

Amati keputusan yang dipaparkan adalah mood rakyat di kala PAS Kelantan masih belum lagi sistematik dengan program-program kebajikan mesra rakyatnya. Di waktu itu, masih lagi belum ada Program Kifaalah, belum ada Program Duafa, belum lagi menderma RM1.5 juta kepada mangsa banjir Johor dan sebagainya. Di ketika itu, PAS masih belum lagi ada Hezbullah di Lubnan sebagai model.

Perhatikan perbezaan mata di antara TG Nik Aziz dengan calun paling dipercayai dari kalangan orang UMNO – Datuk Mustapha Mohamad – ialah 70%. Dan perhatikan juga bahawa sebelum Datuk Mustapha boleh “bersentuh roma” dengan TG Nik Aziz, tersergam Datuk Hj Husam Musa sebagai benteng.

Bagaimana pula jika – nauzubillah – TG Nik Aziz tidak dapat turut serta mempertahankan Kelantan? Tinjauan membayangkan bahawa dalam senario itu sekali pun, UMNO masih lagi jauh dari mendapat laluan mudah.

Malah dalam senario itu, UMNO Kelantan masih lagi terpaksa melepasi benteng-benteng “Harimau Berantai" PAS untuk sampai ke tampuk kuasa. Pada kadar 42% pilihan rakyat sebagai pemimpin kedua paling dipercayai menerajui pentadbiran Kelantan, Hj Husam Musa berada 37 mata di hadapan pencabar terdekat dari UMNO iaitu Datuk Pa yang mendapat 5%. Beza populariti 37 mata adalah satu jarak yang agak jauh untuk dihambat oleh sesiapa pun dari UMNO Kelantan.

Sehubungan “saf kedua” (second liner) PAS Kelantan untuk berdepan dengan UMNO, perhatikan bahawa PAS hanya perlu “hantuk” Datuk Pa dengan salah satu dari kalangan Datuk Halim bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, atau Datuk Hj Takiyuddin, atau Datuk Hj Annuar Tan yang sama-sama mendapat 5% undian.

Malah perhatikan juga dalam senario TG Nik Aziz tidak berada di saf depan mengimami perjuangan melawan UMNO, nama beliau masih lagi belum terkeluar senarai. Praktisnya boleh dibayangkan TG Nik Aziz turut serta secara "alah kadar" sekali pun sudah cukup untuk menjamin sokongan 3%.

Bagaimana pula dengan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan? Jika setakat untuk pereboh (merebahkan) Datuk Seri Annuar Musa, perhatikan bahawa PAS Kelantan cuma perlu kedepankan Dr Nik Mazian atau Hj Hassan Mahmud yang sama-sama mendapat 3% undian.

Seterusnya, ada apa lagi dengan UMNO Kelantan di mata rakyat?

Lepas Raya Aidil Fitri saya sambung cerita, boleh? Sementara itu Rudin X dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca. Maaf zahir dan batin dipinta dari pembaca kalangan penyokong UMNO khususnya, jika telah ada tulisan saya sepanjang tahun ini yang menyinggung perasaan.


Nota teknikal
Sekitar 1,000 warga Kelantan dari seluruh pelusuk negeri yang didekati secara rawak mudah [2] telah memberi kerjasama dalam tinjauan ini. Dari jumlah tersebut, untuk menjamin integriti hasil kajian, seramai 400 orang telah dipilih semula secara rawak oleh perisian komputer SPSS [3]. Teknik ini ialah untuk menjamin kaedah persampelan menjadi semirip kaedah ujikaji “double-blind.” [4]

Angka 400 responden dari kerangka teoretis 700,000 pengundi berdaftar di Kelantan adalah memadai untuk menjamin penemuan yang boleh diyakini ditahap marjin ralat (margin of error) ± 5%. [5], [6], [7]

Nota: ambil dari; www.mimpiboneka.blogspot.com


PTPTN: Kerajaan Patut Bagi Subsidi 3% Kepada Rakyat

The image “http://www.chermai.edu.my/image/upmkonvo/18a.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Jika KWSP kenakan PTPTN cas 5% adalah sebagai KADAR FAEDAH dan perlu dibayar kepada KWSP beserta bungganya sekali.

Kenapa agaknya PTPTN menipu rakyat dengan mengatakan bahawa 3% yang mereka hadiahkan kepada Mahasiswa adalah CAJ PENTADBIRAN??

Beza tu KADAR FAEDAH dengan CAJ PENTADBIRAN?? Mahasiswa telah ditipu hidup2 oleh PTPTN!


Kerajaan telah menipu rakyat! dengan hanya MENUKAR NAMA daripada Kadar Faedah kepada Caj Pentadbiran, sedangkan rakyat yang menangung beban 3% dari kadar faedah yang dikenakan oleh KWSP.

Mustafa Mohamed kata, 2% kerajaan tampung sebagai subsidi. kenapa tidak sehingga 5% terus? Kerajaan hanya ingin mengalihkan beban 3% kepada rakyat!!

apa salahnya jika kerajaan tampung 3% dan mahasiswa tampung 2% kan menarik tu? sekurang2 nya mahasiswa tidaklah tertekan sikit.



Jika bulan2 siswazah bayar RM50 kepada PTPTN, yang ditolak dari akaun pinjaman PTPTN hanya RM2 shaja, RM48 lagi dikebas oleh PTPTN dengan kononnya dikenakan cas pentadbiran 3%. Tak percaya boleh check penyata PTPTN anda.

Jom pakat2 tukar kerajaan dalam PRU 12 nnt!!

Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN -Keratan Akhbar

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj
pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus
kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya
datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN
kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.

"Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus,
beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta
setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti
Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada
perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan
kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.

Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan "kita boleh kaji
perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi
kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin
tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100
peratus."

Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk
dimainkan atau dipolitikkan.

"Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam
wang ini, kita perlu membayar balik.

"Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar
lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan
memberikan tekanan kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan
meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke
institut pengajian tinggi. - Bernama

Sunday, October 7, 2007

Keris siapa lebih POWER?? Ketua Pemuda UMNO Diperbudakkan.

Keris siapa lagi POWER? Ketua Pemuda UMNO diperbudak-budakkan.

Tertarik dengan perbuatan ketua pemuda GERAKAN Kuala Kedah, Lian Teck Lai dari bahagian Kuala Kedah.

Jelas mencabar Ketua Pemuda UMNO, Dato Hishamuddin Tun Hussain Onn. Yang kini nyata membisu seribu bahasa apabila tindakan beliau diejek oleh pemuda GERAKAN.

Seorang perwakilan Pemuda Gerakan menggamatkan persidangan tahunan pergerakan itu di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau mengangkat dua bilah keris 'gergasi' ketika menyampaikan ucapannya.

Lian Teck Lai dari bahagian Kuala Kedah, mengangkat keris yang diperbuat daripada styrofoam yang bersaiz besar itu, sambil meniru gaya Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein menghunus keris.


Sebelum ini, Hishammuddin pernah menghunus keris sewaktu perhimpunan pergerakan Pemuda Umno tahun lalu dan tindakannya itu dikritik hebat oleh Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.

Lihatlah kenyataan
Lian Teck Lai;

"Saya mengangkat sepasang keris di sini bukan hendak melawan sesiapa, pun bukan untuk mencabar sesiapa, dan saya bukan hendak berjuang untuk sesiapa, (kepada) kawan-kawan di media, tujuan saya berlainan dengan Ketua Pemuda Umno.

"Saya hanya hendak menunjukkan satu simbol perpaduan untuk semua bangsa"

Manakala dari segi RESOLUSI, lihatlah siapa yang membela dan menindas siapa?

Sila lihat petikan dari Malaysiakini.com;





"Pergerakan itu juga menggesa kerajaan agar menjadikan semua sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) dan SJK (Tamil) sebagai sekolah bantuan penuh tanpa syarat selain menggesa kerajaan mewujudkan suasana perniagaan yang lebih liberal bagi menarik lebih banyak pelaburan asing."


Berlainan dengan UMNO, jelas menindas bangsa sendiri dengan menarik semua bantuan perkapita daripada kerajaan pusat kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kini mengenakan pelbagai syarat untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Pusat.

Undi Anda KUASA dalam PRU 12 nntu... gunakan ia sebaik mungkin untuk menukar kerajaan LEMAH pimpinan Pak Lah Hadhari!!

Berita lanjut




Monday, October 1, 2007

Minta Bantuan FBI: Mana dulu sepatutnya? Kes Nurin @ Altantunya??

Menarik betul perkembangan semasa di Malaysia skrg, terutama sekali kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Terutamanya dalam kenyataannya pada Hari Khamis 27/9/2007.... "PDRM akan meminta bantuan FBI siasah kes Nurin"_ Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian 28/9/07 dan bergitu juga surat khabar utama lain di Malaysia




Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia?

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH

Sememangnya kes Nurin sesuatu kes yang menyayat hati dan betul2 tragis. Dan tidak sepatutnya ia berlaku di Malaysia, yang baru menyambut 50 tahun kemerdekaannya baru-baru ini.


Tapi yang betul-betul tragis dan tidak masuk akal ialah penglibatan penasihat strategi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Razak Baginda dengan berberapa anggota polis MENGEBOM sampai hancur luluh perempuan Mongolia, Altantunya dengan bahan letupan C4, hanya semata-mata ingin menghapuskan bukti.



Akhirnya tertangkap dan dibicarakan juga, sampai sekarang masih berlangsung perbicaraan kes itu masih berlangsung dan masih belum selesai.

Malah ada bukti mengaitkan Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kes ini (boleh rujuk laporan berita di: Najib seen with Altantunya : http://www.malaysiakini.com/news/69283 ).

Kenapa sampai sekarang kes ini tidak diambil tindakan serius oleh polis Malaysia, malah memohon bantuan dan dirujuk kepada FBI untuk diselesaikan dengan kadar segera? untuk diselesaikan.

Sebabnya diantara 2 kes ini, nyata dan jelas yang manakah lagi utama bagi polis dan Musa Hassan, iaitu untuk menjaga kroni dan pemimpin yang membelanya. Sudah pasti akan pecah tembelang siapakah dalang sebenar kes pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan itu sekiranya kes tersebut dibawa hingga ke siasatan peringkat antarabangsa.

Sama-sama kita fikirkan dan renungkan siapa di pihak siapa? Siapa pak turut dan kaki angguk di Malaysia. Jika hendak diharapkan kes Altantunya mendapat keadilan sepenuhnya, jangan haraplah... tak percaya? tontonilah rakaman pita video ini. ( http://www.youtube.com/watch?v=Cg_fEClqx88 ).

Video yang didedahkan oleh DSAI kepada media massa, yang melibatkan kronisme dan pakatan jahat peguam2 utama negara dalam menjaga kroni dan mendapatkan pangkat di Malaysia.

Sama-sama kita pertimbangkan, adakah ini Malaysia yang berwajah 50 MERDEKA? Malaysia perlukan satu perubahan 360 darjah samada dalam sistem pentadbiran negara, kehakiman, politik dsbnya.

Caranya adalah tidak lain dan tidak bukan, Undilah Barisan Alternatif (BA) dalam PRU 12 dan akan datang, maka anda akan melihat perubahannya!

Undi anda penentu kuasa mutlak dalam menentukan masa depan negara Malaysia.